Saturday, December 29, 2007

SAYONARA

bismilLah~~~

ding!
2007 dah nak habis..
2008 plak menyusul..
huh...ape aku dah wat spnjng tahun nih
walau ape pon tahun nih cukup mencabar...
dan sudah pasti tahun dpn lagi la mencabar kejantanan aku

study!
xde mase lg nak tdo..
xde mase lg nak main..
xde mase lg nak ngelamun..
xde mase lg nak jenjalan..

masa tu ade..cume aku jek yg dok baling2 lambung2 buang2 masa
haha...hargai masa anda..
ant 10 ciri peribadi muslim yg digariskan imam alBanna:
hariisun ala waqtihi - menjaga masa

time management itu penting
bukan senang dowl...budak2 management pn lom tentu leh manage
papehal...kene tetap berjalan
terima kasih byk kat family aku
kat kengkawan aku
yang menyokong aku dari belakang tepi depan atas bawah
kalo xde korang sokong...jatuh r aku..
tp aku tau, kalo aku jatuh korang akan angkat aku..
kalo korang tak angkat takpe..aku leh bangun sendiri
weeeee~

mgu dpn dah mula kuliah..ohhhhhh~
registration sume dah selesai...tinggal nk bayar yuran jek(x amek ptptipu)
hehe sem nih yuran same cam sem lepas RM490 jek ok!
sangat bersyukur masuk UiTM Malaysia
yuran aku lagi murah dari yuran sekolah adek aku
haha...

yoshhhh~
slmt datang 2008
good bye 2007!
itte irashai
lets call it a day~


alhamdulilLah~~~

Thursday, December 27, 2007

TAG ARU

bismilLah~~~


cukup lame aku x post baru...hehe
biasa la..kehidupanku sbg penuntut universiti perlu diteruskan lagi
takde cuti2 dah..haha..
setelah agak lame memeningkan kepala menyususn jadual kuliahku..akhirnya selesai
tp ade lg beberapa subjek yg aku xleh nk daftar

tagged...aku telah di tag oleh aru
survey yg ntah hape2 dan sering disiarkan di buletin frenster..aku x berminat nak jawab
dan jawapan aku sungguh x ikhlas...hahakss..tp disebabkan aru..aku bg chance r

1.Phone rings. Who do you want it to be?
>> Sape-sape..dan aku mengharapkan die cakap:
"Tahniah..anda menang 8juta!"

2. When shopping at the grocery store, do you return your cart?
>>kalo cart yg kene letak 20sen tu pulang la balik..kalo tak letak je..nnt ade org yg keje situ susun balik

3. In a social setting, are you more of a talker or a listener?
>> Listener..am i?

4. Do you take compliments well?
>> aku pon tatau amende compliments nih

5. Do you play Sudoku?
>> yup...and Kankoku too

6. If abandoned alone in the wilderness,would you survive?
>> yeahhhh...aku komander syabab r!

7. What song are you listening to?
>> Empayarmu - Hujan - giler ngn lagu hujan

8. Did you ever go to camp as a kid?
>> perkhemahan syabab dan fatayat

9. What was your favorite game as a kid?
>> police sentry, computer game:mortal combat

10. If a person you really liked was pursuing you, but you knew he/she was married, would you?
>> huh? soklan lain xde ke? for sure i wouldnt...pass

11. Could you date someone with different religious beliefs than you?
>> date amende lak neh...aku byk lg keje neh..tanye soklan yg bernas k!

12. Do u like to be pursued or vice versa ?
>> versa?

13. Use three words to describe yourself.
>> blur, senyap, bajet


14. Do any songs make you cry?
>> lom smpai tahap menghayati lagu dgn begitu dalam

15. Are you continuing your education?
>> im on it


16. Do you know how to shoot a gun?
>> yeahh...baru jek aritu aku main paintball...tp mati gak ditembak dikepala


17. If your house was on fire, what would be the first thing you'll grab?
>> dompet gak same mcm aru...leceh wo nk wat baruu


18. How often do you read books?
>> erm...ade la sket


19. Do you think more about the past, present or future?
>> present...sbb ia membentuk masa depan

20. What is your favorite children's book?
>> Postman Pat

21. What color are your eyes?
>> dark brown

22. How tall are you?
>> huhu...die silap soklan ke? tall jugak aku eh...160

23. Where is your dream house located?
>> kat kampung

24. Have you ever taken pictures in a photo booth?
>> x pnah plak aku...rase cam nak cube jek

25. When was the last time you were at Olive Garden?
>> never been there

27. Do you like mustard?
>> bleh la masuk sikit2..mayonis aku suke

28. Do you prefer to sleep or eat?
>> tido

29. Do you look like your mom or dad?
>> mcm abah aku kot?

30. How long does it take you in the shower?
>> secepat mungkin kalo time sejuk...tp kalo biase...lame la jugak

31. Can you do the splits?
>> splits tu camne? demo sket

32. What movie do you want to see right now?
>> movie trailer

33. What did you do for New Year?
>> lepak kat umah tgk tv

34. Do you own a camera phone?
>> i am

35. Was your mom a cheerleader?
>> x la...tp my mum is a co-leader in my family

37.How many hours of sleep do you get at night?
>> 3-4hours

38. Do you like care bears?
>> i was,mase kecik2...skang x minat dh...suke yg leh kuar pelangi kat perut..haha

39. What do you buy at the movies?
>> popcorn ngn air LARGE...kongsi ngn aru ngn azim..haha

40. Do you know how to play poker?
>> can i consider a poke? i know how to poke! haha

41. Do you wear your seatbelt?
>> yes..bile masuk jalan besar

42. What do you wear to sleep?
>> sluar baju siap selimut lg

43. Anything big ever happen in your hometown?
>> xde la besar mane..

44. How many meals do you eat a day?
>> kalo kt umah 1-2 kali jek...tp aku pelik pesal aku gemuk?
"sbb ko x exercise la dobo"


45. Do you always read friendster bulletins?
>> x ...sbb ade post macam survey yg aku tgh wat ni lah..cam pape je

46. Do you like funny or serious people better?
>> funny

47. Ever been to L.A.?
>> nope..x pnah terlintas pon kat pikiran.. ludah amerika!

48. Did you eat a cookie today?
>> makan brownies adek aku wat

49. Tag people.

>> tag korang yang bace...nak buat..korang buat..x nk wat sudey

alhamdulilLah~~~

Wednesday, December 19, 2007

........

bismilLah~~~

"Dari Allah kita datang dan kepadaNYAkita kembali"
semalam nenek nah (nenek belah mama) meninggal dunia
jelas terasa satu kehilangan yang besar dalam keluarga aku terutamanya mama

sepanjang arwah nenda terlantar mama lah yang sentiasa menemani arwah di hospital
setiap pagi mama ke hospital dan balik sebelah malamnya
bergilir dengan makcik menjaga arwah nenek..

masih teringat dulu mase aku balik kampung kat mersing
masih terngiang2 suara arwah membacakan alquran pd pukul 4 pagi..
walaupun dah tak larat berjalan..arwah masih ingin melakukan kerja2 di rumah

semoga rohnya dicucuri rahmah dan maghfirah..
~alfatihah



alhamdulilLah~~~

Monday, December 17, 2007

AUTOBOTS

I AM
65%
BUMBLEBEE



Bumblebee

As an Autobot spy, Bumblebee is the ultimate robot in disguise. What he lacks in size and strength, he makes up for with courage. He enjoys the company of humans and would do anything for his Earthly friends.

Like Bumblebee, you are good by nature. But beware because mischievous thoughts sometimes tempt you. You want to be a leader and show some promise, but you have much to learn. In addition, you use technology when you need to, but you do not embrace the latest trends.

wahahah...
autobots..lets roll out!!
vroommm vroommmm!!!

Tuesday, December 11, 2007

DAH KELUAR

bismilLah~~~

result dah kuar...akhirnya
adehh....kantoi gak aku 2 subjek..
kene repeat semester depan
pointer semestinya jatuh tergolek..
hahahahaha...cukup utk kali ini...yoshh~


alhamdulilLah~~~

Thursday, December 06, 2007

IDAMAN

bismilLah~~~

satu perkara yang menjadi kegilaan bagi lelaki...
sudah pastinya mengenai kereta..
bak kata orang...main keta
dlm istilah main kete nih, biasanya orang2 yang main kete neh akan mengubahsuai kereta masing2 menjadi lebih cantik, lebih laju.
dan semestinya ada clan tertentu ataupun kelab kereta masing2

macam2 kelab la..
CLRC, SVOC, KC, Myvians, Kcar, dan macam2 lg la..
mereka mewujudkan satu koloni atas minat dan hobi yang sama
terhadap kereta dan betukar2 pendapat mengenai pengubahsuaian kereta, aksesori2 tambahan
dan macam2.

stiap org mesti ade imipan nak memiliki kereta idaman masing2
aku tak terkecuali
bile aku tanye orang,
"aku nak bli mercedes"
"honda best pe"
"kancil sudey pastu convert mira L2s"

macam2 la kereta yg hebat2...bugatti la, porche la..
haha..itu pon kalo byk duit..lain la mak bapak korang kaye kan
aku tak minat kereta2 mcm tu..
sejak dari dulu lg aku minat satu kete neh..
jeng jeng jeng..

kereta mini
aku jatuh cinta ngn kete nih
wahahaa

Kereta Mini adalah sebuah kereta kecil yang dikeluarkan oleh British Motor Corporation dari tahun 1959 sehingga tahun 2000. Kereta mini menjadi kereta buatan British yang paling popular. Kereta ini kini digantikan dalam tahun 2001 oleh kereta New Mini buatan BMW.
Kereta mini asal dilihat sebagai ikon tahun-tahun 1960-an, [1][2][3] dan mempunyai reka bentuk yang menjimatkan ruang dengan menggunakan enjin pacuan roda depan (kebanyakan kenderaan ketika itu menggunakan pacuan roda belakang). Tatarajah pacuan ini menjadi ikutan oleh pengeluar kerat yang lain. Kereta Mini menduduki tempat kedua dalam senarai kereta-kereta paling mempengaruhi dalam abad ke-20, dan dikalahkan hanya oleh kereta Model T Ford.
Reka bentuk revolusioner kereta ini dengan rekaan dua pintu dihasilkan untuk oleh British Motor Corporation oleh Sir Alec Issigonis (1906–88) [4][5]. Kereta Mini dibuat di kilang-kilang LongbridgeCowley dan kemudiannya dibuat juga di Australia, Belgium, Chile, Itali, Portugal, Afrika Selatan, Sepanyol, Uruguay, Venezuela dan Yugoslavia. Kereta ini juga dipasang di Malaysia dan mendapat sambutan ramai. dan
Kereta Mini ini dibina dalam beberapa model utama; kereta Mini Mk I (dengan tiga perubahan besar), Mini Mk II, Mini Clubman dan Mini Mk III. Terdapat juga kereta estet, kereta pick-up, model van dan model Mini Moke – yang seperti sebuah jeep. Versi Mini Cooper dan Cooper S adalah versi kereta sport yang digunakan juga dengan jayanya sebagai kereta rali dan memenangi Rali Monte Carlo sebanyak 3 kali.
-sumber : wikipedia-

tp zaman skang mane ade dah mini nih..
kalo nk carik kene carik kat otai2
yg ade pon mesti lagi tua dari vanBURUK aku
hahaa

alhamdulilLah~~~

Wednesday, December 05, 2007

Sunday, December 02, 2007

KERDIL

bismilLah~~~

salam
hari-hari cuti dibiarkan berlalu
sedangkan itulah yang aku harapkan
masa yg cukup untuk menjalankan apa yang aku rancangkan
tp apakah kerana aku terlalu malas? apakah sikap ini telah sebati dalam hidup aku
apakah minda aku disetkan untuk menjadi malas..
ya Allah..hamba memohon agar diperkuatkan jiwa ini..disucikan hati ini..dipanjangkan akal ini
supaya aku tetap terus tidak pernah lelah sujud di hadapanMU ya Rabb..

-------------------------serious mode------------------------------

kadang-kadang kebenaran yang diperlihatkan di depan kita membuatkan kita tak mampu menerimanya...kerana kebenaran itu membuatkan kita hilang segalanya
kasih sayang, harta, dunia dan macam macam lagi yg menjadi kecintaan kita
lantas hati dan fikiran kita yang dungu tanpa panduan mencuba untuk menafikannya
cuba membuang sejauhnya hakikat bahawa dunia ini manusia ini terlalu kejam dan jijik bila berakalkan nafsu..
hati kecil yang suci ini menjadi terlalu takut dan malu untuk berdepan dengan kejijikan dan kemaksiatan yang membesar dalam setiap jiwa..lantas hati kecil terus mengecut dan kerdil
ditawan dan diteroka oleh nafsu dan syaitan keparat!

saat itu hanyalah mengharapkan cahaya hidayah menerangi ruang yang penuh dengan titik hitam legam kosong dan buta...
ahh...hidup ini terlalu payah buat kita..atau jiwa ini yang tidak mampu melawan kerana tidak tahu bagaimana berlawan...?
mana mungkin...segalanya telah dibekalkan..telah disuap dan telah disajikan semuanya ibarat hidangan kenduri pengantin tiga malam berturut turut
apekah kita sudah muak dengan hidangan yg sama?
apakah ada yang lebih lazat dan manis dari ukhuwah, ilmu, iman serta amal yang menjanjikan kekenyangan dan kesenangan di hari yang pasti?

pastinya jiwa ini sudah busuk kerana dipijak-pijak dan dibiarkan dan dihumban di lorong-lorong kotor
penuh dengan hasad dengki dan dendam..
gersang dari siraman suci airmata kerana dosa padaMU ya Rabb
mungkinkah akan subur?
tiada cahaya...tiada air
gersang semata...tandus! kering!
akhirnya menjadi batu yang tak berguna
menjadi debu yang berterbangan...
hampas!

-----------------------------------------------------

1. jaga amal jaga iman jaga hati kita
2. susuli setiap kajahatan dengan kebaikan..semoga ia dapat menyucikan hati kita
3. "alaa bizikrilLahi tathmainnul quluub" - maka dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati
4. "katakanlah kebenaran walau ianya pahit"

alhamdulilLah~~~

Monday, November 26, 2007

ASING?

bismilLah~~~

td pagi...maksud aku pagi ahad 25 nov 2007
sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
untuk menghantar mama aku gi jaga nenek
aku perlu melalui bandar Klang terlebih dahulu untuk aku ke sana
dalam keheningan suasana pagi tuh mak aku pon cakap

berkata mama:
" negara kita dah penuh sgt ngn org asing..
kat rumah ade orang asing, kat restoran ade org asing, tapak pembinaan ade org asing, kat kilang ade orang asing..mana mana lah ade org asing
cuba bayangkan kalau satu hari derang orang2 asing nih mogok..taknak keje
maka satu malapetaka buruk akan melanda Malaysia kita...
bangunan xkan siap, mak x dpt g keje sbab kene jaga anak, restoran tak jalan..
nmpk mcm remeh...tapi derang wat perkara asas kat Malaysian nih
habis kalau org asing nh xde... "

erm..ade betul jugak
bila pikir2 balik seolah2 diri sendiri yg asing dalam negara sendiri
apekah sebabnye?
apekah sebab anak2 malaysia kita melayu khususnya sudah tak ada nak melakukan kerja2 tersebut
atau apekah sebab kita terlau memilih dalam pekerjaan
atau sebab malasss...malas nak bekerja
langsung taknak berusaha utk diri sendiri dan masyarakat
apepon...Malaysia memang maju
Malaysia Boleh!..ye, semangat itu yg perlu kita tunjukkan
aku anak Malaysia

pengajaran lagi:
1. sayangi negara kita
2. rajin2 la buat keje..majukan diri kita walaupun dengan hanya merangkak kerna anda kita tetap maju
3. jangan jadikan diri kita asing ...jadikan diri kita GHURABA'

alhamdulilLah~~~

Saturday, November 24, 2007

MATLAMAT

bismilLah~~~

sudah berapa hari aku tak mencoretkan sesuatu di blog ini.
selalunya kalau cuti, rajin juga aku memblog
kebelakangan ini tidak ada mood nak kemaskini
sebab aku bosan di rumah..jadi tak ada perkara yg menarik aku nak ceritakan kat engkau orang(itu pon kalau engkau orang baca blog aku)
hahaha

nenek aku tengah sakit..sekarang dekat hospital klang
mama aku jaga nenek aku tetiap hari
jadi kene hantar mama aku tiap pagi ke HTAR
sedih bile tengok keadaan nenek..mase aku melawat nenek tgh tido
memohon dengan sangat~

khas buat mereka sahabat aku yang dah lama tak tahu cerita pasal aku,
terutama bebudak kat luar sana..bebudak ataslaut(baca: oversea)
aku sekarang tengah cuti semester...untuk tahun yg kedua aku belajar..
semester depan aku dah masuk semester4 tahun 2 lagi.
bermakna aku ada lagi 5 semester (termasuk semester depan) berbaki untuk aku menghabiskan pelajaran aku sebagai penuntut UiTM Shah Alam dalam bidang kejuruteraan mekanikal peringkat sarjana muda
2tahun setengah saja lagi
(itu pun kalau segalanya berjalan lancar)

"standard r budak enjen extend"
arghh.! aku tak nak standard...aku nak habis on time juga!
banyak lagi perancangan hidup aku
matlamat untuk 2tahun akan datang:meneruskan pelajaran dengan jayanya.. yoshhh!(dengan gaya My Boss My Hero)

aku masih tinggal di klang, tapi dah pindah ke sungai pinang
dekat dengan rumah lama..tak jauh pun
lagi satu..aku dah makin gemuk
(wahaha...gara2 kurang bersenam dan makan terlalu banyak sebab aku hidup bahagia)
jadi janganlah terkejut bila engkau orang balik ke malaysia tengok aku nanti
matlamat jangka panjang:menguruskan badan menjelang kepulangan engkau orang

jadi buat engkau orang semua kawan kawan aku di luar negara sana
di jordan, mesir, indonesia, australia, UK, ukrain, jerman, jepun, korea, india, uzbekistan, switzeland, new zealand, papua new guinea,yaman dan mana2 lah di dunia ini
di pelosok mana pun anda sekalian,
ingatlah ALLAH setiap masa di mana jua
ingat aku dalam doa engkau orang
doakan kejayaan dan kebahagiaan aku, ibu bapa kita semua, sahabat sahabat, serta umat islam seluruhnya
engkau orang jangan risau, aku sentiasa mendoakan kejayaan engkau orang kat sana
jadi teruskan hidup!

pengajaran utk kali ini buat aku dan engkau orang yang berminat aje:
1. sentiasa menjaga kedua ibu bapa anda...hormati mereka, kasihi mereka, jaga perasaan mereka kerna ibu bapa adalah segala galanya bagi diri kita di situlah syurga kita
2. jadilah kamu seorang yang luar biasa, jangan jadikan diri kita biasa dan biarkan diri kita dalam kebiasaan kerana kebiasaan itulah yang kadangkala memusnahkan kita..(kalau engkau orang faham la)
3. tetapkan matlamat anda dan bersedia dan usaha ke arahnya anda tidak dianggap berjaya sekiranya matlamat anda tak tercapai
4. ingatlah bahawasanya di mana sahaja anda berada ada yang menyokong anda..sekiranya teman dan rakan anda tiada di sisi, pasti dan yakinlah bahawa Allah sentiasa di sisi orang orang yang beriman...jaga amal, jaga iman

alhamdulilLah~~~

Monday, November 19, 2007

IKAN

bismilLah~~~

mlm smlm aku g mancing ngn member aku..sape lagi kalo x azim ngn fakhru
haha...tiap minggu mesti ade projek..
entah mcm mane bleh timbul idea g mancing..
asalnye nk gi hari jumaat mlm, tp sbb ade aral melintang pukang,
so kitorg pn gi sabtu malam..

mancing kt kolam ikan jek...kt kg sungai kandis kt klang
dulu abah aku slalu mancing kt situ
lepas sume kelengkapan dah siap kitorng gerak la g kolam tuh
dlm kol 11 ktorg start pancing

hahakss...budak2 beginner g memancing
"weh..kalo sejam x dpt ikan kite balik r"
tp masalahnye minimum kene mancing kt kolam tuh 2 jam..haha
so nk tanak terpakse la pancing 2 jam

umpan dah pasang...lempar
tunggu dengan penuh sabar
"weh ko dah bosan belom?"
"aku first baling td dah bosan"

lame gak la aku tunggu nk dapat ikan
sambil2 bincang masalah umat
yg penting enjoy...tp bosan tunggu

"weh aku nye kail sangkut r"
"adeh..aku nye pon sangkut kat tmpt ko sangkut td"

"ko pon sangkut? jgn baling kt situ dow"
"ko sangkut lagi? haha.."

mancing memang menguji kesabaran dan kebosanan
sejam berlalu...masih x mendapat hasil
masih menunggu..adeh..

dlm duduk2 leka menunggu tiba2 pelampung joran aku bergerak
menandakan ade ikan makan umpan...
aku tunggu masa yg sesuai
masa kail tuh masuk dlm mulut ikan..
aku tarik slow2...akhirnya....
cheh..aku dimainkan oleh ikan..
makan sikit2 jek..cuit sane cuit sini

pukul 1 kitorng blah
pulang hampa dgn tangan kosong
aku tgk org lain yg mancing situ pon x dpt ikan pon
rasenye die dah bagi makan ikan neh cukup bg kenyang
buat habis duit jek...haha
pengalaman budak2 yg bosan cuti di rumah

"lepas nih nk mancing lg tak?"
"erm.."

sblm balik kitorg lepak mapley jap (aktiviti mingguan)

"banyak gak kite dapat ikan arini"
"weh ko tanak ke ikan ko?"
"ko amek la"
"aku tanak ikan aku, ko amek la bg mak ko"

pengajaran utk aku dan korang yg berminat
1. sabarlah dalam ape jua keadaan meskipun ia hanya perkara kecil
kerna kesabaran itu ada nilainya
2. bila anda bosan...isilah masa anda dengan perkara yg sihat dan berfaedah
janganlah lepak2 x tentu hala dan membuang masa apatah lagi melakukan perkara2
lagha dan memudharatkan serta sumbang di mata masyarakat
3. setiap yg berlaku dalam hidup kita, di sekeliling kita, ade hikmah dan
pengajaran yg kita perlu
teliti dan amati dengan fikiran yg waras dan
berlandaskan syariah utk kebaikan dan

kemajuan diri sendiri serta masyarakat seluruhnya


alhamdulilLah~~~

Saturday, November 17, 2007

XDE HAL LAH!

bismilLah~~~

aku rase cam malas nk blogging
tp aku rase cam nak gak tulis sesuatu
ahh..aku pn tatau nk tulis ape
cuma sekadar tulisan yg membuang masa aku dan masa korang yang baca
xde ape2 pon...jadi hentikanlah membaca..
kalau nak teruskan membaca silakan..bukan hak aku
dan hak aku adelah utk terus menulis
tp kalau xde manfaat buat ape aku tulis?
salah satu ciri peribadi muslim yg digariskan oleh imam al banna,
bermanfaat kpd org lain
apekah aku memberi manfaat kat korang?
apekah tulisan2 aku cukup memberi informasi dan tunjuk ajar kat korang
haha...omong kosong
membazir...membazir amalan syaitan
blog oh blog
sejak bile aku mula membloging aku pon tak berapa igt
rasenye mase lps spm kot time2 xde keje nk buat
masa aku habis belajar kod2 html...hands on jek
bukak blog org yg lawa...aku view page source..aku tgk coding
dan aku cube meniru dan mengubah ikut gaya aku sendiri..kaedah cuba jaya
dh bape byk skin aku pakai aku pon x igt
smpai tahap aku bosan men tukar2 skin
tapi tulisan aku x kemana jugak...kosong
mungkin aku patut pertimbangkan utk menutup saje blog ini
haha..korang bukan dpat pekdah pon bace..aku lagi la..penat jari menaip aje
ikut suka aku nk buat ape kt blog aku
tapi kalau aku tutup blog aku nih pon x bagi pekdah kat aku dan korang jugak kan
kosong
haha..lepas nih kene ubah gaya penulisan supaya lebih bermanfaat dan informatif
tp aku bukan jenis yg reti sangat nk bagi info2 neh
sembang korong reti r..
takpe leh cuba..sikit2
asalkan ianya mempunyai manfaat dan isi

papepon sedikit info buat permulaan
sms dari sahabat GENER8ers - Hamzah Samsuddin:
"Great New! Great news!! We are launching another great new fund Public China Ittikal Fund (PCIF). 1st of its kind.Aggressive &Islamic.Starts from 20Nov - 10Dec. Min initial RM1000,Only 5.45% service charge during offer period. Cash only. Benchmark PCIF (2 mth profit + 18%!) Fund size RM375Million. So, hurry up!
Hamzah . Public Mutual"
(sms diambil 100% tanpa modifikasi)

aku tak paham pon pasal dunia2 unit trust neh, kot2 korang berminat la kan kan
nnt aku ade info lg aku citer la..rase cam berminat leh la hubungi sahabat kite tuh
xpon hubungi aku (ejen x langsung)
member2 punye hal ...xde hal lah!

alhamdulilLah~~~

Tuesday, November 13, 2007

EXAM?

bismilLah~~~

exam dah habes...fuh lega
tp x cukup membuatkan hati aku senang
arghh...mungkin aku kantoi satu paper..adehh
saat ini hanya mengharapkan keajaiban berlaku

~memohon dengan sangat~

time cuti neh aku dh tatau nk buat ape..bosan
ye cuti memang bosan..tp aku perlu lakukan sesuatu
hehe...misi yg tidak mustahil
tunggu dan lihat

buat sahabat yg baru nak exam tuh, gud luck la buat korang
bittaufiq wannajah..jgn dok main jek
study rerajin..

"keupayaan belum mampu membuatkan aku terbang"

alhamdulilLah~~~

Thursday, November 01, 2007

TYPO

bismilLah~~~

aku bosan..argh!
aku lemas nk xm...
tetibe aku g kt link satu nih...(topek nye status kt ym)
fingerjig namenye...

aku pon main la..hahakss..
penat menaip deh

ni hasil wat pertama kali..


adehss...xnak main lagi..study la weh!!


alhamdulilLah~~~

Wednesday, October 24, 2007

POS LAJU

bismilLah~~~

quick post..
aku dah start final xm..
yeahh
doakan aku..
doakan tuk sume org...
BITTAUFIQ WANNAJAH
GAMBATE KUDASAI!!

p/s: cuti neh nk g mane ek? cuti2 malaysia!!!

alhamdulilLah~~~

Tuesday, October 16, 2007

Monday, October 15, 2007

TUKAR TOPIK

bismilLah~~~

selamat aidilfitri...mohon maaf salah silap
tahun nih raye kt kg tok muda, kapar(kg belah abah)
ramai gak balik..penuh rumah
cam biasa baju raye aku malas nk p beli...
tah sape punye aku amek dlm almari kt bilik tuh..
abang aku punye kot..kaler coklat
abang aku pon pakai 2raye lepas(2006 2 kali raye kan) punye baju

khutbah raye citer pasal kes2 kat mesia nih..
siap statistik dr PDRM lg..huhu
peranan ibu bapak tgk2 kan anak2..
dan lain2..(TERtido)

pastu g raye umah nenek busu kt jln kapar
habis kuih muih dikerjakan sedara mara (aku makan 'SIKIT' je)
tp memang die letak nk bg kite makan habis pon kan

lps umah nenek busu, p umah makcik jah(kakak mama) kat taman maznah
lawat nenek kt sane..nenek dh uzur,xleh bangun..
~doa utk nenek~

esoknye abah ngn mama n adik2 aku p ipoh..lawat adik aku haidar kat sane
aku dah g tmpt tu aritu..so malas nk ikut..hehe

--------tukar topik

time2 raye nih kat tv kalo korang perasan sume nyanyi jek memanjang
naik rimas aku...kalo nyanyi sedap xpe la gak..
ni memasing..*&*#^@
cukup sebulan(raye sebulan) leh trauma ngn lagu2 raye..haha
kot ye pon tayang la citer2 best...lord of de ring ke, transformes ke..ngehehe

--------tukar topik

byk kemalangan berlaku..kesian kat keluarga mangsa
x dpt bergembira di pagi syawal..
~doa utk mereka yg pergi dulu~

--------
tukar topik

aku peminat citer2 melayu...
biler time raye nih la byk citer melayu kuar
citer pasal anak derhaka la..
citer pasal mak bapak gaduh
citer pasal anak yg soleh
citer pasal kerbau
macam2 la..
tp kebanyakan nye citer sedih..
org nak sonok2 syawal tayang citer sedih wakpe..
citer lawak pon ade gak...tp sume lawak apek..
asal lawak je apek..asal lawak je apek...asal apek je lawak
(apek xde modal lawak dah)

--------tukar topik

sambung kemas bilik aku..
x tahan...kebaboom...
letup2 aku...
bersin memanjang
leleh...rehat satu hari...esok sambung kemas lg
hehe

-------tukar topik

nak dekat final...adess
aku ade 4 paper..
24/10/2007 - Japanese Language I (9.00am-11.00am)
24/10/2007 - Calculus III (2.15pm-5.15pm)
02/11/2007 - Fluid Mechanics (8.30am-11.30am)
09/11/2007 - Vector Dynamics (3.45pm-5.45pm)
10/11/2007 - ZZzzZZzZZZzzzZZzzzzZZZZZzzZZZZ

so kene la study! bimbangkan subjek vektor dan calculus...
(aku memang xleh kalo tgk nombor2 neh)

--------tukar topik

kredit aku habes...
so sorry r kat korang2 yg tak terbalas sms tuh..
sebbaik dapat duit raye lagi..ngehehe rm17
cukup r bli topup 10hengget..hehe
nak duit raye lagiii!!

-------dah takde topik

alhamdulilLah~~~

Friday, October 12, 2007

RAYA-RAYI

bismilLah~~~



juga dari hanif di dublin,
hafsa sekeluarga di meru..

alhamdulilLah~~~

Saturday, October 06, 2007

X DE KEJER GAK (refer blog arRazi)

edited: 8 October 2007 ; 9.29pm

bismilLah~~~

hehe.. test test..1 2 3
cubaan cubaan...cubaan dan dugaan..
test tesco...(modal)

tuan rumah :"Friend Test dah dipindahkan ke sidebar belah kanan"

alhamdulilLah~~~

Wednesday, October 03, 2007

ENTAH

bismilLah~~~

"ban, byk mase ko nak memblog neh"
"weh bp byk mase da ko asyik blogging aje"

hmm itu la antare pertanyaan yg ditujukan kat aku
aku memblog sbb aku bosan, bile aku bosan aku ngantuk,
bile aku ngantuk aku memblog,

"takdela byk mase...aku buat sume tu kejap aje..dah terer kan..."

aku x amik mase yg lame tuk menulis sesuatu kat blog neh
ape yg terlintas dlm pikiran aku tu la yg aku coretkan
ape yg aku nak tulis aku tulis setakat mane pengetahuan dan ilmu aku
dan sedikit rujukan dr yg lebih tahu..

begitu juga ngn layout2 neh..aku dah cekap..so agak mahir dalam memahami code2 html.
tak susah bg aku nak alter sana alter sini...

tak seperti mereka yg lain
ade yg siap cari bahan rujukan berbuku2 sbb nk post blog
ade yg tulis nota dulu ape yg die nk post kat blog
ade yg amek gambar semata2 nk post kat blog
ade yg pakai bahase omputeh
ade yg blog nye warne warni kilat2 berkilau

aku...tulis semudah yg mungkin
aku paham..korang pon paham...
tulis panjang2 korang jd malas nak bace
(sbb aku pon malas bace panjang2)

bg aku memasing ade care tersendiri..
semoga kebaikan dan manfaat buat diri sendiri
ni pon sbb aku bosan buat keje.
aku pon tulis la entry neh..

aku kat cni sekadar nk kongsi ape yg aku lalui, ape yg aku nampak,
ape yg aku dengar, ape yg aku nampak, ape yg aku pikir, ape yg aku tahu, ape yg aku nak, ape ape je la yg aku rase aku nak kongsi aku tulis la kt blog neh...
ape yg aku tak tulis tuh maksudnye aku xnak kongsi la ngn korang..
sebabnye aku tak suka bercakap...nak cakap banyak, aku cakap la kt blog neh..

hehe...semoga aku memanfaatkannya dan beroleh manfaat

~sambung wat keje............


alhamdulilLah~~~

Monday, October 01, 2007

561001-10-6545

bismilLah~~~

hari ini hari Isnin
hari ini 10 oktober 2007
hari ini hari puasa
hari ini hari istimewa
hari ini hari jadi ABAH aku!

dulu kitorang selalu g mancing ngn abah
skang dah tak

dulu kitorng slalu ngaji ngn abah
skang dah tak

dulu kitorng slalu ikut abah
skang dah tak

dulu kitorg slalu tanye abah
skang dah tak

dulu kitorg slalu blajar ngn abah
skang dah tak

dulu kitorg sayang abah
skang sayang abah jugak!!
hehe

selamat hari lahir abahku~

"Ya Allah..kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi daku ketika kecilku"

alhamdulilLah~~~

Sunday, September 30, 2007

DEKAT DAH

bismilLah~~~

hmm...
final dah nak dekat
semakin dekat final...aku semakin takde perasaan

blur~


alhamdulilLah~~~

Tuesday, September 25, 2007

LETIH JUGA YE

bismilLah~

huh..
ramadhan kareem~
Allah menguji manusia dgn pelbagai dugaan dan cubaan
dengan menahan lapar sehingga lah menahan nafsu..
mereka yg mampu melepasinya..maka rahmah,maghfirah dan dijauhkan dr neraka adalah selayaknya bg mereka...
mampukah kita menjadi dikalangan mereka? setkan minda anda utk menjadi seperti mereka..

minggu2 akhir yg cukup merangsang otak aku utk merembeskan sel2 neuron dgn lebih banyak
dan membuatkan aku cukup letih..(sempat lg tu update blog)

MINGGU INI
1. 26-09-2007 > Test oral n listening Bahasa Jepun
2. 26-09-2007 > Submit assignment Thermodynamics Lab
3. 27-09-2007 > Lab Test Computer Programming C++
4. 27-09-2007 > Final draft Report Writing

MINGGU DEPAN
5. 01-10-2007 > Submit dynamics lab report
6. 02-10-2007 > Test Calculus III
7. 03-10-2007 > Test Vector Dynamics n Vibration
8. 04-10-2007 > Presentation on Report Writing
9. 04-10-2007 > Final test Computer Programming C++

yeye pastu cuti raye!! eh..ade FINAL la plak lps cuti..
huhu dh nk abes sem3..yeahh

selamat berjaya buat diri aku sendiri...


alhamdulilLah~~~

Sunday, September 23, 2007

MAGHFIRAH

bismilLah~~~

10 awal ramadhan dah berlalu...di mana rahmat Allah mencurah2 buat hambanya
dan masuk pula ke pertengahan ramadhan, keampunanNYA utk hambaNYA
jom same2 rebut peluang nih..

aku jumpe artikel nih kat forum asasian.net
cambest jek, sile la bace..

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK
Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

panjangnye...
..
alhamdulilLah~~~

Thursday, September 13, 2007

SAHUR

bismilLah~~~

hari pertama puasa...
sahur ramai2 ngn famili aku
cuma haidar,hanif ngn hafsa n famili xde kt umah..
ujung mgu ni penuh la rumah..hanif jek tertinggal kt ireland
haha
byk sgt kenangan bulan puasa ngn famili

pape pon semoga kita istiqamah dalam amalan
wat geng2 tahfiz sume...jgn lupe mengulang!
yg jadi imam jadilah imam dgn baik
:D

fyi, blog geng gener8ers yg aku baru linkkn kt blog aku
-blog aiman salmi
-blog rahim khalis

semoga bermanfaat kpd semua

alhamdulilLah~~~

Wednesday, September 12, 2007

DAH SAMPAI

bismilLah~~~

ramadhan dah sampai...
adekah kita tertunggu tunggu atau termangu mangu?
aku ghairah nak berpesta...pesta ibadah

peringatan buat diri aku sendiri

1. khatam
2. qiam
3. amalan sunat
4. study
5. ma'thurat
6. jemaah kat mesjid


alamak dh maghrib...taa~

alhamdulilLah~~~

Sunday, September 09, 2007

MILIK KAMI

bismilLah~~~

aku rase dari kecik lg aku slalu dgr kat berita
..pasal perjanjian damai

huh...lagi2 perjanjian damai
tp...tak kemana gak
kalau dari dulu lagi macam ni...
kenapa sekarang nak wat perjanjian damai lagi??

tak damai2 jugak
olmert laknat masih menangguhkan perbincangan mengenai penubuhan negara palestin merdeka
damai tak datang lagi
dalam masa yg sama...hak saudara palestin terus dicabuli
bunuh...bunuh...bunuh dah menjadi rutin mereka

pak syeikh di tangkap...dah lepas pastu tangkap balik
ape ingat blaja biologi ke nk wat tangkap tanda lepas..
huh..remaja jugak yg diharapkan menjadi waris perjuangan

tapi bagi kita?
nak ke kita jadi pemusnah bangsa dan agama sendiri?
sedang mereka bermatian pertahankan agama mereka
agama kita jugak..
ramadhan bakal menjelang
apekah semangat badar akan datang lagi...

palestin kan dimiliki lagi

alhamdulilLah~~~

Saturday, September 08, 2007

MENANTI

bismilLah~~~

masih menanti
sangat menanti kehadiarannye

RAMADHAN...
inilah peluang aku
peluang utk semua umat manusia

kita menanti..
tapi bila tiba harinya
seolah2 pandang sekilas
apakah masih sempat bagiku
sempatkah bagi umatku

ahh...sama macam dulu
siang hari lapar nak mati
malam hari kenyang terbongkang
detik itu berlalu tanpa disapa

padahal sudah terang
termaktub dalam al kitab
jelas dari lidah ar rasul
apa mahu dibuktikan lagi

mata terlalu rambang
atau kerana tak nampak intinya
mengapa tak mencari
sudah tersedia
tapi masih menutup mata

kita...
selalu mengharapkan ganjaran
tapi tidak cuba dapatkannya
tidak tahu bagaimana
tidak tahu apa
tidak tahu kenapa
atau tidak mahu tahu

bara api ditambat diikat dibelanggu
apa masih x mampu
nafsu sendiri menguasai
ahh..tidak bisa melatih sejak dulu lagi

bersusah seperti sufi
tapi jauh sekali seperti mereka
kerana kelebihan mereka
atau kekurangan kita

habuan dah terhidang
mengapa hampas yang dicari
cari bagai nak rak
untuk secebis yang jijik dan kotor

menanti detik tiba saatnye
mencari sinarnya
hilang gelapnya
masa lampau

kemuliaan datang bertandang
dakaplah sepuas puasnya
cedoklah sedalam dalamnya
gapailah setinggi tingginya
kejarlah sekuat kuatnya

kelak anda mampu tidur senyenyak nenyaknya
lelap bersama keampunan

-hmi05-
8 september 2007
03:28 am

***wat member2 yg nak terbang...tahniah buat semua. terbang lah setinggi yang mampu..gambatte kudasai...ki o tsukete!

alhamdulilLah~~~

Thursday, September 06, 2007

SMSes

bismilLah~~~




Sahabat...
bumi kita payah...
Peluh, air mata dan mungkin darah...
Bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca, peganglah tanganku..

Kita beriringan bersama sebagai pejuang..
Bila aku katakan padamu "Perjuangan itu PAHIT"..
Kau sahutlah sesungguhnya "Syurga itu MANIS"
~selamat berjuang

sender:
0 4 N a b
+601XXXXXXXX
sent:
11:27:09pm
05/09/2007



Dalam kita melangkah,

terkadang diuji dgn ujian yang berat
hingga kita terduduk menangis, peritnya terasa,
tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri,

kerana mungkin air mata itu hadir kerana
Dia mahukan kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran langkah yang tersasar
dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman...

sender:
8 A k i M o k
+601XXXXXXXX
sent:
03:13:29am
06/09/2007


alhamdulilLah~~~

Friday, August 31, 2007

JAMMED

bismilLah~~~


warghh...otak jammed!
nk g jamming rr...
seronok gak makan roti ngn jem
jammed~!
"Ya Allah bukakanlah pintu hatiku, permudahkan aku dalam menuntut ilmuMU"


alhamdulilLah~~~

Wednesday, August 29, 2007

STORAGE

bismilLah~~~

nisfu sya'ban
merdeka
ramadhan
feskem
test
camping
kenduri
tido
lab report
rempit
basuh baju
message
futsal
kasut
formula
mesin
bengkel
kertas graf
gambar
sakit
cd
stokin
buku
interview
nihongo
jatuh
stress
.
.
.
.
.
.

data storage_

used space : 0.01%
free space : 99.99%


alhamdulilLah~~~

Sunday, August 26, 2007

CEBISAN DARI TEMAN

bismilLah~~~

Tadi aku godek2 kotak barang2 lama aku
jumpe buku nota aku time skola dulu
aku pon bace2 la...smpai muka surat belakang skali..

member aku tulis...

Walau kita bertuan, kita tetap bertuhan,
walau kita mencipta, kita tetap ciptaan,
walau kita pemerintah, kita tetap hamba,
Apa guna bongkak di dunia,
Sedang dunia milikNYA,
Setiap detak nadi diatas keizinanNYA

>>> ayat novel ape die cilok neh aku pon tak ingat...pastu die sambung dgn gaya bahasa sendiri

Anggota manusia ciptaan Tuhan
Namun masih salah digunakan
Masih merobek nyawa makhlukNYA
Masih menyeksa jiwa sendiri
Kerana dibelenggu dosa yang lalu
Jiwa tidak pernah tenang
Meronta-ronta dalam sangkar jiwa
Yang dicemari noda dunia
Hitam membusuk berbau bangkai
Namun tidak pernah terdetik
Untuk kembali ke tebing Iman
Lalu dibiarkan dirinya hanyut
Dibawa arus kebonekaan duniawi..

-YAZID SAHAK-
30-01-2001

alhamdulilLah~~~

Friday, August 24, 2007

TAMPAR

bismilLah~~~

ahad nih megaday,
aku men voleyball
huhu...
sem nih kene menang..
dh 2 sem asyik dpt no2 aje..


alhamdulilLah~~~

Tuesday, August 21, 2007

MARESHIA-JIN DESU

bismilLah~~~

smlm masuk kelas vector dynamics..
bincang la sket pasal soklan test aritu

jengjengjeng...
yeah.. vector dynamics,
engkau memang KACAK
hehe

takpe..usaha lagi
mgu nih ade test jepon..uih x study lg

"hajimashite, watashi wa _____ desu..dozo yorishiku."
(isi tempat kosong : 2 markah )

"kore wa nan desuka?"
"sore wa kaban desu.."


***watashi wa mareshia-jin desu....merdeka!


alhamdulilLah~~~

Sunday, August 19, 2007

NO VACANCY

bismilLah~~~

again...hari ni umah aku penuh...full house

adik2 aku 4 org kt skolah balik ari jumaat ritu..
adik aku haidar balik smlm kot..dr ipoh
abg aku haarith mmg tanam jagung kat umah
abg aku hanif ngah cuti..baru balik dr gunung kinabalu kemarin
akak aku hafsa pn balik umah bersama abg wan ngn adik taareq
akak aku huda mmg dok umah
mama ngn abah sentiasa di rumah...

smpai bilik nk tdo pon x cukup...
ye r memasing dah besau2 belaka
terpakse la korban sape2 kene tdo kat ruang tamu
mesti la the boys kan...
no vacancy..dh mcm kt hotel la plak kan

kene suh abah wat rumah besau2 nanti..
bilik sorg satu...
ui..aku adik beradik dah 10 bilik..wakaka

*** riang ria

alhamdulilLah~~~

Friday, August 17, 2007

NEXT

bismilLah~~~

hari ni aku gembira
hamdulilLah..
berjaya mengharungi hari2 getir dlm hidup sbg pelajar
hehe...tapi tgl lg satu test je lg..

kene bersedia utk cabaran seterusnye..
kenape le aku neh malas sgt?
jgn ikut cam aku.,..wat keje last minit
haha aku tau korang pon suka wat keje last minit kan kan kan

***sakit perut~

alhamdulilLah~~~

Sunday, August 12, 2007

IMPAK

bismilLah~~~

sedang jalan pulang..
pandang belakang utk seketika
huhh
rupenye ade silap sana salah sini
banyak lg yg aku belum belajar
banyak lg yg aku kene paham
banyak lg yg aku nak tahu
banyak lg yg aku kene ingat

maksimumkan penggunaan deria
impak maksima..
mane pergi perasaan aku?!

***xde perasaan...dush! blub blub blub


"rilek bro...jgn mental"

alhamdulilLah~~~

Saturday, August 11, 2007

PELIK?!

bismilLah~~~

sedikit goyang di hujung minggu
lab report ade 2 lagi x siap
mgu dpn test fluid mechanics,calculusIII ngn vector dynamics...hmmm kacak! memang best
best abezzz

dulu ade org tag aku...tp dh x igt
disebabkan nak menghilangkan segala mcm stress yg ade dlm benak kepala aku
so aku pon wat la mende tag neh

6 perkara pelik pasal aku
  1. 1- satu hari aku tuka pakai baju dlm 2-3 helai
  2. 2- suka gunting rambut org...tp x suka org gunting rambut aku
  3. 3- bile tido..tgn mesti bawah bantal (aku tatau sbb ape..)
  4. 4- x boleh pakai seluar slack...alergik
  5. 5- penggemar barangan bundle
  6. 6- pergi ke pasaraya...jalan2 tgk barang...balik tanpa membeli sebarang barang.

byk lagi yg pelik2
tp sbb nk 6 jek so aku bg la 6
takde mende yg pelik sebenarnya
pasal semua kelakuan2 'pelik' manusia nih berlaku secara tak langsung berdasarkan pengalaman silam dan juga kebiasaan yg tak sengaja..(aku pn x paham ape aku tulis)

***jiwa masih kalut
***nak kembali

alhamdulilLah~~~

Thursday, August 09, 2007

PASRAH

bismilLah~~~

aku pasrah...
esok test..aku pasrah
esok hantar lab report...aku pasrah
esok hantar assignment...aku pasrah
esok meeting...aku pasrah
esok presentation...aku pasrah

esok ade ape lagi?
kembali kepada fitrah
kembali kepada kitab
kembali kepada petunjuk
kembali kepada NYA

*** jiwa tgh kacau..ngahaha

alhamdulilLah~~~

Sunday, July 29, 2007

BEST SHOT

bismilLah~~~

hasil gambar dari kamera abg aku
NIKON D40X
sape2 perlukan khidmat fotografi leh r hubungi abang aku (HANIF)










alhamdulilLah~~~

Wednesday, July 25, 2007

BELAJAR LAGI

bismilLah~~~

selamat hari-hari buat semua
buat sahabat2 yg menunggu2 tulisan dari aku, aku mintak maaf la
(ade ke yg tunggu aku post nih?? )
kebelakangan ni agak sibuk
maklumla baru bukak sem kan..

sabenarnye aku xde idea nk tulis ape kat cni
tp sejak kebelakangan ni aku agak gusar
mungkin kesibukan aku membuatkan aku terpk
byk sgt aku pk

kdang2 aku pk kenape aku perlu belajar?
x cukup ke dari tadika smpai skang
memang x cukup
ape yg kite sume blajar hanyalah secebis ilmu dariNYA
dan belajar adalah WAJIB
so kene la memenuhi tuntutan agama

seringkali niat kita hadir ke kuliah dan tutorial tersasar dari matlamat sebenar
ape matlamat kita?? tanya diri sendiri
sentiasalah memperbaharui niat kita setiap kali kita melangkah untuk menimba ilmu
seiring dgn saranan Pak Lah kite utk melalui proses pembelajaran sepanjang hayat dlm RMK9
so same2 la kite belajar dan belajar lagi

gunakan akal dan fikiran utk belajar
ilmu itu sentiasa terbentang luas di sekeliling kita
terpulang kpd kite utk meneroka segala rahsia alam sejagat

*** aku agak tertekan sekarang..memohon padaNYA



alhamdulilLah~~~

Saturday, June 23, 2007

BERPAGI - PAGI

bismilLah~~~

masih pagi lagi
permulaan hari yg menentukan hari kita smpai esoknye
mulakan hari kita dgn semangat baru dan penuh ceria

kalau nk hari anda ceria...ceriakan pagi anda
pagi anda muram...maka sepanjang hari anda akan muram,suram dan kusam

aku suka mengingat perkara yg boleh membuatkan aku tersenyum sensorang...bahkan kadang2 aku tergelak kuat (aku masih waras)
terutamanya iklan2 kat tv..aku xleh tahan..
antara iklan2 yg buatkn aku tergelak setiap kali melihatnye

1. "takde duit ke?" - iklan maybank kad
2."50-50?! ...wa hoo" terbang... -iklan digi 50/50 perodua viva
3."ooh tandas..berkualiti..ooh hidup berkualiti - iklan tandas...ini iklan paling xleh tahan
4."tak suka tak suka tak suka" - iklan cat ape tah..yg budak jerit kat dinding tuh

lagi iklan ape ek?
korang tambah la lagi iklan ape yg wat korang gelak...hoho
ceria2 selalu

(buat mereka yg suram,muram,kusam)

alhamdulilLah~~~

Friday, June 22, 2007

CUTI - CUTI MALAYSIA

bismilLah~~~

wat ahli2 qariah semua...aku dh upload gmbr jaulah
sila klik di sini... bukan di sini


alhamdulilLah~~~

Tuesday, June 19, 2007

TAKDE KEJE

bismilLah~~~


HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

alhamdulilLah~~~