Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, September 19, 2011

RAYA 2011 PULA

bismilLah~~~

ok memang lambat. tapi raya orang malaysia kan sebulan, jadi aku upload jugak lah gambar-gambar suasana hari raya di kampung.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ye semua














 

alhamdulilLah~~~

Friday, June 04, 2010

BUAT SAUDARA

bismilLah~
saudaraku,
dari jauh aku melihat kamu sengsara
dari jauh juga aku melihat mereka rakus memperlakukan sanak keluargamu
tapi aku masih tidak merasa apa-apa
kadang-kadang saja terdetik di hati ini.
rasa kasihan dan sedih..
air mata hanya membibit di hujung mata tapi tak menitis
detik itu sekejap..
aku lupa sengsaramu, aku tak hirau perjuanganmu
kau saudaraku
sungguh aku iri hati denganmu
kau lahir sebagai pejuang
aku pula hanya tahu memandang
kau meneruskan usaha nenek moyangmu tanpa lelah
meskipun hanya segenggam batu
kau tetap mara dan berani

sedangkan aku?
aku saudaramu yang jauh
aku malu mengaku aku saudaramu
kerana aku tidak kuat sepertimu
aku tidak tabah seperti hatimu
aku tidak gagah melaungkan azimat semangat
aku tidak berani pertahan maruahku
aku tetap saudaramu
aku mahu jadi sepertimu wahai saudaraku
sempatkah kita bertemu
aku mahu bertemumu wahai saudaraku..
ALQUDS
alhamdulilLah~