esok aku sambung balik perjalanan aku secara rasmi dalam menimba ilmu dunia dalam bidang kejuruteraan mekanikal.memang agak sukar perjalanan ini.tapi aku dah smpai part5! syukur alhamdulilLah masih diberikan peluang untuk aku terus mengejar impian.
namun kadang-kadang kita terlupa dalam mengejar sesuatu yang kita impikan ada yang kita terlepas pandang,tercicir,terbiar apatah lagi yang kita sengaja lupakan,tinggalkan dan abaikan.
buat diri ini dan sahabat;
sedarlah akan amaran-amaran Allah ketika kita bergelak ketawa berdekah-dekah sambil berguling2
pujuklah jiwa kita dengan tarbiyah dariNYA ketika kita sedih pilu dan kecewa dengan arus dunia yang penuh kezaliman
ingatlah akan kehebatan syurga Ilahi ketika kita futur,lemah,tak berupaya dan hilang seribu daya.
pimpinlah diri ini dengan segera untuk meruntuhkan segala pemisah,tembok dan halangan yang menjurangkan dan memisahkan kita dari tautan ukhuwah filLah.
luahkan dan sampaikan kepadaku andai diri ini membuatkan dirimu terluka,tersinggung apatahlagi marah disebabkan kejahilan,kelalaian dan kelemahan diri ini untuk kita segera berubah.
dan iringilah aku dengan doa yang tidak pernah putus kerana mungkin esok kita tak terjaga dan lena kita berpanjangan.
"Wahai TUHANku! Perbaikilah bagiku agamaku yang padanyalah asas urusanku,
Dan perbaikilah duniaku yang padanya tempat penghidupanku,
Dan perbaikilah akhiratku yang kepadanya tempat kembaliku.
Dan jadikanlah hidup ini tambahan untukku segala jenis kebaikan.
Dan jadikanlah mati itu kerehatan dari segala kejahatan...
Amiin Ya Rabbal 'Alamiinn..."
Dan perbaikilah duniaku yang padanya tempat penghidupanku,
Dan perbaikilah akhiratku yang kepadanya tempat kembaliku.
Dan jadikanlah hidup ini tambahan untukku segala jenis kebaikan.
Dan jadikanlah mati itu kerehatan dari segala kejahatan...
Amiin Ya Rabbal 'Alamiinn..."
alhamdulilLah~~~