Saturday, December 29, 2007

SAYONARA

bismilLah~~~

ding!
2007 dah nak habis..
2008 plak menyusul..
huh...ape aku dah wat spnjng tahun nih
walau ape pon tahun nih cukup mencabar...
dan sudah pasti tahun dpn lagi la mencabar kejantanan aku

study!
xde mase lg nak tdo..
xde mase lg nak main..
xde mase lg nak ngelamun..
xde mase lg nak jenjalan..

masa tu ade..cume aku jek yg dok baling2 lambung2 buang2 masa
haha...hargai masa anda..
ant 10 ciri peribadi muslim yg digariskan imam alBanna:
hariisun ala waqtihi - menjaga masa

time management itu penting
bukan senang dowl...budak2 management pn lom tentu leh manage
papehal...kene tetap berjalan
terima kasih byk kat family aku
kat kengkawan aku
yang menyokong aku dari belakang tepi depan atas bawah
kalo xde korang sokong...jatuh r aku..
tp aku tau, kalo aku jatuh korang akan angkat aku..
kalo korang tak angkat takpe..aku leh bangun sendiri
weeeee~

mgu dpn dah mula kuliah..ohhhhhh~
registration sume dah selesai...tinggal nk bayar yuran jek(x amek ptptipu)
hehe sem nih yuran same cam sem lepas RM490 jek ok!
sangat bersyukur masuk UiTM Malaysia
yuran aku lagi murah dari yuran sekolah adek aku
haha...

yoshhhh~
slmt datang 2008
good bye 2007!
itte irashai
lets call it a day~


alhamdulilLah~~~

Thursday, December 27, 2007

TAG ARU

bismilLah~~~


cukup lame aku x post baru...hehe
biasa la..kehidupanku sbg penuntut universiti perlu diteruskan lagi
takde cuti2 dah..haha..
setelah agak lame memeningkan kepala menyususn jadual kuliahku..akhirnya selesai
tp ade lg beberapa subjek yg aku xleh nk daftar

tagged...aku telah di tag oleh aru
survey yg ntah hape2 dan sering disiarkan di buletin frenster..aku x berminat nak jawab
dan jawapan aku sungguh x ikhlas...hahakss..tp disebabkan aru..aku bg chance r

1.Phone rings. Who do you want it to be?
>> Sape-sape..dan aku mengharapkan die cakap:
"Tahniah..anda menang 8juta!"

2. When shopping at the grocery store, do you return your cart?
>>kalo cart yg kene letak 20sen tu pulang la balik..kalo tak letak je..nnt ade org yg keje situ susun balik

3. In a social setting, are you more of a talker or a listener?
>> Listener..am i?

4. Do you take compliments well?
>> aku pon tatau amende compliments nih

5. Do you play Sudoku?
>> yup...and Kankoku too

6. If abandoned alone in the wilderness,would you survive?
>> yeahhhh...aku komander syabab r!

7. What song are you listening to?
>> Empayarmu - Hujan - giler ngn lagu hujan

8. Did you ever go to camp as a kid?
>> perkhemahan syabab dan fatayat

9. What was your favorite game as a kid?
>> police sentry, computer game:mortal combat

10. If a person you really liked was pursuing you, but you knew he/she was married, would you?
>> huh? soklan lain xde ke? for sure i wouldnt...pass

11. Could you date someone with different religious beliefs than you?
>> date amende lak neh...aku byk lg keje neh..tanye soklan yg bernas k!

12. Do u like to be pursued or vice versa ?
>> versa?

13. Use three words to describe yourself.
>> blur, senyap, bajet


14. Do any songs make you cry?
>> lom smpai tahap menghayati lagu dgn begitu dalam

15. Are you continuing your education?
>> im on it


16. Do you know how to shoot a gun?
>> yeahh...baru jek aritu aku main paintball...tp mati gak ditembak dikepala


17. If your house was on fire, what would be the first thing you'll grab?
>> dompet gak same mcm aru...leceh wo nk wat baruu


18. How often do you read books?
>> erm...ade la sket


19. Do you think more about the past, present or future?
>> present...sbb ia membentuk masa depan

20. What is your favorite children's book?
>> Postman Pat

21. What color are your eyes?
>> dark brown

22. How tall are you?
>> huhu...die silap soklan ke? tall jugak aku eh...160

23. Where is your dream house located?
>> kat kampung

24. Have you ever taken pictures in a photo booth?
>> x pnah plak aku...rase cam nak cube jek

25. When was the last time you were at Olive Garden?
>> never been there

27. Do you like mustard?
>> bleh la masuk sikit2..mayonis aku suke

28. Do you prefer to sleep or eat?
>> tido

29. Do you look like your mom or dad?
>> mcm abah aku kot?

30. How long does it take you in the shower?
>> secepat mungkin kalo time sejuk...tp kalo biase...lame la jugak

31. Can you do the splits?
>> splits tu camne? demo sket

32. What movie do you want to see right now?
>> movie trailer

33. What did you do for New Year?
>> lepak kat umah tgk tv

34. Do you own a camera phone?
>> i am

35. Was your mom a cheerleader?
>> x la...tp my mum is a co-leader in my family

37.How many hours of sleep do you get at night?
>> 3-4hours

38. Do you like care bears?
>> i was,mase kecik2...skang x minat dh...suke yg leh kuar pelangi kat perut..haha

39. What do you buy at the movies?
>> popcorn ngn air LARGE...kongsi ngn aru ngn azim..haha

40. Do you know how to play poker?
>> can i consider a poke? i know how to poke! haha

41. Do you wear your seatbelt?
>> yes..bile masuk jalan besar

42. What do you wear to sleep?
>> sluar baju siap selimut lg

43. Anything big ever happen in your hometown?
>> xde la besar mane..

44. How many meals do you eat a day?
>> kalo kt umah 1-2 kali jek...tp aku pelik pesal aku gemuk?
"sbb ko x exercise la dobo"


45. Do you always read friendster bulletins?
>> x ...sbb ade post macam survey yg aku tgh wat ni lah..cam pape je

46. Do you like funny or serious people better?
>> funny

47. Ever been to L.A.?
>> nope..x pnah terlintas pon kat pikiran.. ludah amerika!

48. Did you eat a cookie today?
>> makan brownies adek aku wat

49. Tag people.

>> tag korang yang bace...nak buat..korang buat..x nk wat sudey

alhamdulilLah~~~

Wednesday, December 19, 2007

........

bismilLah~~~

"Dari Allah kita datang dan kepadaNYAkita kembali"
semalam nenek nah (nenek belah mama) meninggal dunia
jelas terasa satu kehilangan yang besar dalam keluarga aku terutamanya mama

sepanjang arwah nenda terlantar mama lah yang sentiasa menemani arwah di hospital
setiap pagi mama ke hospital dan balik sebelah malamnya
bergilir dengan makcik menjaga arwah nenek..

masih teringat dulu mase aku balik kampung kat mersing
masih terngiang2 suara arwah membacakan alquran pd pukul 4 pagi..
walaupun dah tak larat berjalan..arwah masih ingin melakukan kerja2 di rumah

semoga rohnya dicucuri rahmah dan maghfirah..
~alfatihah



alhamdulilLah~~~

Monday, December 17, 2007

AUTOBOTS

I AM
65%
BUMBLEBEE



Bumblebee

As an Autobot spy, Bumblebee is the ultimate robot in disguise. What he lacks in size and strength, he makes up for with courage. He enjoys the company of humans and would do anything for his Earthly friends.

Like Bumblebee, you are good by nature. But beware because mischievous thoughts sometimes tempt you. You want to be a leader and show some promise, but you have much to learn. In addition, you use technology when you need to, but you do not embrace the latest trends.

wahahah...
autobots..lets roll out!!
vroommm vroommmm!!!

Tuesday, December 11, 2007

DAH KELUAR

bismilLah~~~

result dah kuar...akhirnya
adehh....kantoi gak aku 2 subjek..
kene repeat semester depan
pointer semestinya jatuh tergolek..
hahahahaha...cukup utk kali ini...yoshh~


alhamdulilLah~~~

Thursday, December 06, 2007

IDAMAN

bismilLah~~~

satu perkara yang menjadi kegilaan bagi lelaki...
sudah pastinya mengenai kereta..
bak kata orang...main keta
dlm istilah main kete nih, biasanya orang2 yang main kete neh akan mengubahsuai kereta masing2 menjadi lebih cantik, lebih laju.
dan semestinya ada clan tertentu ataupun kelab kereta masing2

macam2 kelab la..
CLRC, SVOC, KC, Myvians, Kcar, dan macam2 lg la..
mereka mewujudkan satu koloni atas minat dan hobi yang sama
terhadap kereta dan betukar2 pendapat mengenai pengubahsuaian kereta, aksesori2 tambahan
dan macam2.

stiap org mesti ade imipan nak memiliki kereta idaman masing2
aku tak terkecuali
bile aku tanye orang,
"aku nak bli mercedes"
"honda best pe"
"kancil sudey pastu convert mira L2s"

macam2 la kereta yg hebat2...bugatti la, porche la..
haha..itu pon kalo byk duit..lain la mak bapak korang kaye kan
aku tak minat kereta2 mcm tu..
sejak dari dulu lg aku minat satu kete neh..
jeng jeng jeng..

kereta mini
aku jatuh cinta ngn kete nih
wahahaa

Kereta Mini adalah sebuah kereta kecil yang dikeluarkan oleh British Motor Corporation dari tahun 1959 sehingga tahun 2000. Kereta mini menjadi kereta buatan British yang paling popular. Kereta ini kini digantikan dalam tahun 2001 oleh kereta New Mini buatan BMW.
Kereta mini asal dilihat sebagai ikon tahun-tahun 1960-an, [1][2][3] dan mempunyai reka bentuk yang menjimatkan ruang dengan menggunakan enjin pacuan roda depan (kebanyakan kenderaan ketika itu menggunakan pacuan roda belakang). Tatarajah pacuan ini menjadi ikutan oleh pengeluar kerat yang lain. Kereta Mini menduduki tempat kedua dalam senarai kereta-kereta paling mempengaruhi dalam abad ke-20, dan dikalahkan hanya oleh kereta Model T Ford.
Reka bentuk revolusioner kereta ini dengan rekaan dua pintu dihasilkan untuk oleh British Motor Corporation oleh Sir Alec Issigonis (1906–88) [4][5]. Kereta Mini dibuat di kilang-kilang LongbridgeCowley dan kemudiannya dibuat juga di Australia, Belgium, Chile, Itali, Portugal, Afrika Selatan, Sepanyol, Uruguay, Venezuela dan Yugoslavia. Kereta ini juga dipasang di Malaysia dan mendapat sambutan ramai. dan
Kereta Mini ini dibina dalam beberapa model utama; kereta Mini Mk I (dengan tiga perubahan besar), Mini Mk II, Mini Clubman dan Mini Mk III. Terdapat juga kereta estet, kereta pick-up, model van dan model Mini Moke – yang seperti sebuah jeep. Versi Mini Cooper dan Cooper S adalah versi kereta sport yang digunakan juga dengan jayanya sebagai kereta rali dan memenangi Rali Monte Carlo sebanyak 3 kali.
-sumber : wikipedia-

tp zaman skang mane ade dah mini nih..
kalo nk carik kene carik kat otai2
yg ade pon mesti lagi tua dari vanBURUK aku
hahaa

alhamdulilLah~~~

Wednesday, December 05, 2007

Sunday, December 02, 2007

KERDIL

bismilLah~~~

salam
hari-hari cuti dibiarkan berlalu
sedangkan itulah yang aku harapkan
masa yg cukup untuk menjalankan apa yang aku rancangkan
tp apakah kerana aku terlalu malas? apakah sikap ini telah sebati dalam hidup aku
apakah minda aku disetkan untuk menjadi malas..
ya Allah..hamba memohon agar diperkuatkan jiwa ini..disucikan hati ini..dipanjangkan akal ini
supaya aku tetap terus tidak pernah lelah sujud di hadapanMU ya Rabb..

-------------------------serious mode------------------------------

kadang-kadang kebenaran yang diperlihatkan di depan kita membuatkan kita tak mampu menerimanya...kerana kebenaran itu membuatkan kita hilang segalanya
kasih sayang, harta, dunia dan macam macam lagi yg menjadi kecintaan kita
lantas hati dan fikiran kita yang dungu tanpa panduan mencuba untuk menafikannya
cuba membuang sejauhnya hakikat bahawa dunia ini manusia ini terlalu kejam dan jijik bila berakalkan nafsu..
hati kecil yang suci ini menjadi terlalu takut dan malu untuk berdepan dengan kejijikan dan kemaksiatan yang membesar dalam setiap jiwa..lantas hati kecil terus mengecut dan kerdil
ditawan dan diteroka oleh nafsu dan syaitan keparat!

saat itu hanyalah mengharapkan cahaya hidayah menerangi ruang yang penuh dengan titik hitam legam kosong dan buta...
ahh...hidup ini terlalu payah buat kita..atau jiwa ini yang tidak mampu melawan kerana tidak tahu bagaimana berlawan...?
mana mungkin...segalanya telah dibekalkan..telah disuap dan telah disajikan semuanya ibarat hidangan kenduri pengantin tiga malam berturut turut
apekah kita sudah muak dengan hidangan yg sama?
apakah ada yang lebih lazat dan manis dari ukhuwah, ilmu, iman serta amal yang menjanjikan kekenyangan dan kesenangan di hari yang pasti?

pastinya jiwa ini sudah busuk kerana dipijak-pijak dan dibiarkan dan dihumban di lorong-lorong kotor
penuh dengan hasad dengki dan dendam..
gersang dari siraman suci airmata kerana dosa padaMU ya Rabb
mungkinkah akan subur?
tiada cahaya...tiada air
gersang semata...tandus! kering!
akhirnya menjadi batu yang tak berguna
menjadi debu yang berterbangan...
hampas!

-----------------------------------------------------

1. jaga amal jaga iman jaga hati kita
2. susuli setiap kajahatan dengan kebaikan..semoga ia dapat menyucikan hati kita
3. "alaa bizikrilLahi tathmainnul quluub" - maka dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati
4. "katakanlah kebenaran walau ianya pahit"

alhamdulilLah~~~