Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Friday, June 04, 2010

BUAT SAUDARA

bismilLah~
saudaraku,
dari jauh aku melihat kamu sengsara
dari jauh juga aku melihat mereka rakus memperlakukan sanak keluargamu
tapi aku masih tidak merasa apa-apa
kadang-kadang saja terdetik di hati ini.
rasa kasihan dan sedih..
air mata hanya membibit di hujung mata tapi tak menitis
detik itu sekejap..
aku lupa sengsaramu, aku tak hirau perjuanganmu
kau saudaraku
sungguh aku iri hati denganmu
kau lahir sebagai pejuang
aku pula hanya tahu memandang
kau meneruskan usaha nenek moyangmu tanpa lelah
meskipun hanya segenggam batu
kau tetap mara dan berani

sedangkan aku?
aku saudaramu yang jauh
aku malu mengaku aku saudaramu
kerana aku tidak kuat sepertimu
aku tidak tabah seperti hatimu
aku tidak gagah melaungkan azimat semangat
aku tidak berani pertahan maruahku
aku tetap saudaramu
aku mahu jadi sepertimu wahai saudaraku
sempatkah kita bertemu
aku mahu bertemumu wahai saudaraku..
ALQUDS
alhamdulilLah~

Wednesday, May 26, 2010

SAMA-SAMA

bismilLah~~~

mengenang pada hari-hari yang lewat
bersama rakan-rakan tika mudaku
ketika mereka dan aku sama-sama melangkah
langkah yang sama 
pada bumi yang sama 
ke arah yang sama
rasa kita sama
bermula pada titik yang sama
manis itu sama-sama rasa
pahit pula sama-sama telan
luka di sini, di sana mengaduh
berteduh di bawah bumbung yang sama
mencari sesuatu yang sama
meneroka alam yang sama
pakaian kita sama bersih dan suci


tapi saat ini tak sama lagi
kebersamaan itu pudar
mereka jauh di sana
aku pula masih di sini
di tapak ini tak ke mana
melangkah tapi terlalu perlahan
sedang mereka berlari ke sana
aku juga mahu ke sana tapi langkah aku bejat
halangan itu sama
aku yang lemah menanganinya
aku tetap melangkah walau setapak
kerana tapak ini sudah berhabuk penuh dengan debu kotor 
kena terus menapak ke sana bersama mereka
mereka hulur tangan ingin mengajak aku
tapi tangan ini kotor dan jijik untuk menyambut
kerana aku malu ke sana seperti pengemis
apa masih ada tempat untuk aku di sana
atau aku hanya akan di sini sampai akhir
sama-sama lah kita


alhamdulilLah~~~