Wednesday, May 26, 2010

SAMA-SAMA

bismilLah~~~

mengenang pada hari-hari yang lewat
bersama rakan-rakan tika mudaku
ketika mereka dan aku sama-sama melangkah
langkah yang sama 
pada bumi yang sama 
ke arah yang sama
rasa kita sama
bermula pada titik yang sama
manis itu sama-sama rasa
pahit pula sama-sama telan
luka di sini, di sana mengaduh
berteduh di bawah bumbung yang sama
mencari sesuatu yang sama
meneroka alam yang sama
pakaian kita sama bersih dan suci


tapi saat ini tak sama lagi
kebersamaan itu pudar
mereka jauh di sana
aku pula masih di sini
di tapak ini tak ke mana
melangkah tapi terlalu perlahan
sedang mereka berlari ke sana
aku juga mahu ke sana tapi langkah aku bejat
halangan itu sama
aku yang lemah menanganinya
aku tetap melangkah walau setapak
kerana tapak ini sudah berhabuk penuh dengan debu kotor 
kena terus menapak ke sana bersama mereka
mereka hulur tangan ingin mengajak aku
tapi tangan ini kotor dan jijik untuk menyambut
kerana aku malu ke sana seperti pengemis
apa masih ada tempat untuk aku di sana
atau aku hanya akan di sini sampai akhir
sama-sama lah kita


alhamdulilLah~~~

No comments: