Thursday, December 24, 2009

XPDC G. NUANG BERSAMA KARAT

bismilLah~~~
Pada hari jumaat lalu (17 Disember 2009) aku berkesempatan menyertai ekspidisi mendaki Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
G. Nuang merupakan gunung yang tertinggi di selangor. Aku berasa amat berkobar-kobar untuk mendakinya sampai ke puncak.

Selepas memastikan segala kelengkapan cukup dan memadai. Kami bertolak dari shah alam jam 3.30pm. Hujan lebat di pertengahan perjalanan kami sedikit pun tidak mematahkan semangat yang masih lagi berkobar-kobar di dada.
Setelah sampai di kaki G.Nuang kami bersiap dengan beg masing-masing beserta kamera dan juga lampu suluh kerana kami diberitahu kemungkinan akan sampai ke "base camp" pukul 9 malam.
Setelah hampir sejam kami berjalan, kami berhenti sebentar untuk melepaskan lelah yang sudah lama berkumpul di dalam paru paru. Kemudian perjalanan disambung untuk mencari tempat yang sesuai mendirikan solat maghrib.
Saya sempat disapa oleh makhluk kecil ini. Lalu membiarkan ia menghisap darahku sehingga kenyang sambil mengharapkan ia dapat sedut lemak-lemak di badanku sekali.

Selepas selesai solat maghrib di tepi sungai, kami sambung perjalanan dan sampai ke "base camp" iaitu Kem Lolo. Di sana beberapa kumpulan lain yang menyertai kami sudah pun sampai dan mendirikan khemah serta tempat teduh masing-masing. Lalu kami bersiap mendirikan solat isya' dan mandi dengan air sungai yang seju di kala hujan kurang lebat.



Jam 9.30 malam kami disajikan dengan makan malam dengan menu nasi beriani+ayam masak merah+acar sayur+papadom. Sungguh enak masakan Aunty Aisyah.
Sesi suai kenal disusuli pula selepas itu di mana kami berkenalan dengan otai mendaki iaitu Uncle Rashid dari KARAT Adventure serta rakan-rakan.

[Selingan seketika]
Kami kemudian tidur untuk mengumpul tenaga mendaki ke puncak esok hari.






Esok hari (Sabtu 18 Disember 2009)
Sarapan pagi yang enak sekali iaitu Nasi Lemak.







Selepas kenyang masing-masing bersiap membawa apa yang perlu untuk ke puncak gunung seperti makanan, minuman, baju hujan dan juga lampu suluh.


Sejam perjalanan kami sampai di Kem Pacat. berhenti sebentar untuk berehat dan menghilangkan penat dan haus. Tentunya tidak melepaskan peluang bergambar dengan alam ciptaanNya.


Kagum dengan Mak Anjang (kanan sekali) walaupun sudah berumur 50an tetapi masih kuat dan semangat mendaki gunung (aku dah panchet awal-awal)


Setelah hampir 4 jam kami sampai ke puncak. kepenatan  yang dirasai sepanjang pendakian hilang serta merta kerana kegembiraan serta diiringi dengan hawa yang sejuk selepas hujan.

Kesempatan ini kami ambil dengan bergambar sepuasnya untuk dijadikan kenangan. Amat sejuk! dan aku dah lapar lalu makan nasi berlauk rendang daging yang dibungkus sebelum pendakian tadi.



Tahniah kepada aku sebab berjaya panjat G. Nuang. Awesome!

alhamdulilLah~~~

Wednesday, December 16, 2009

SEDARKAH?

bismilLah~~~

sambil2 aku melayari internet tetibe aku ade terlihat satu posting gambar oleh friend of friend of mine..
gambar tu tunjuk screenshot comments budak2 cha ya nun alif yg mengata pasal melayu..

hmmm aku jarang nak berbual perkara serius sebegini...tapi sekali sekala aku rasa nak smpaikan ape yang aku pikir dengan semangat 1malaysia dalam diri aku hehe.

maka berbondong-bondonglah friend of friend of mine yang komen itu dan ini kerana merasakan diri tercabar dan berapi dalam diri dengan komen2 yang mengata melayu itu dan melayu ini. ayat2 "tak sedar diri" "pegi balik negara sendiri" semua keluar..malahan jampi serapah carut karut turut keluar dari mulut baik yang lelaki mahupun perempuan.
mujur juga ada yang rasional dan matang dalam menerima situasi sebegini.

ye semangat itu saya nampak.patriotisma! bagus. tapi cara menyalurkan itu kurang matang dan tidak etika.

jadi aku terfikir bukan ke same je mereka2 ini?masing2 mengeluarkan kata2 carutan dan marutan.yang ini kutuk itu,yang itu pun kutuk ini. ahh smpai bila?
dan aku terfikir kenapa mereka mengatakan kita sebegitu? apa yang membuatkan mereka berfikiran begitu?dan sebab apa kita mengatakan mereka sebegitu? dan mengapa kita fikir mereka begitu?

jadi salah siapakah? salah kitakah yang mendokong dan membawa nama melayu? atau salah mereka yang tak tahu?

saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama2 berfikir.
saya anak melayu dan saya anak muslim.


alhamdulilLah~~~

Friday, December 11, 2009

SUKANYA BILA CERIA



bismilLah~~~
saya sangat suka hari ni...tidak tahu kenapa sebab ia hanya yang biasa bagi mereka
tapi bagi aku ia adalah suatu yang syahdu dan menyentuh pangkal hati aku.
result aku yang tak seberapa tapi aku sangat syukur melihat nya.
hanya sujud padaNYA dapat menggambarkan kegembiraan hati ini.
dalam meniti usia akhir aku sbg mahasiswa yang kadang2 tak nampak walau depan mata..terlalu jauh walau di sisi..

jom mandi sungai!

selitan

minggu lepas aku pegi mendaki gunung angsi, negeri sembilan...mcam biasa aku naik paling last...turun pun paling last..







sebabkan aku gembira...minggu depan nak pegi gunung nuang pula..
alhamdulilLah~~~

Wednesday, November 25, 2009

FITRAH

bismilLah~~~

salam 1malaysia.
hari2 cuti berlalu dengan biasa nya.
masa byk dihabiskan dengn mende yg kurang membangkitkan aura minda aku
ouhh aku semaken sehat

btw. 22 nov lalu abang aku Hanif selamat dapat anak perempuan diberi nama
Aisyah Hana binti Hanif


dan ni sepupu die saeid khaleel..hehe

alhamdulilLah~~~

Monday, November 16, 2009

SEKIAN LAMA

bismilLah~~~

keratan akhbar kosmo 13 Nov 2009

Hukum mati hadiah pada Ayu



KERATAN Kosmo! semalam.



KLANG - "Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh Ayu (Norzi Ayu) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi buat arwah kerana hari ini (semalam) adalah ulang tahun kelahirannya."
Demikian kata Md. Noor Dahari, 58, bapa Allahyarham Norzi Ayu yang dibunuh kekasih sendiri ketika ditemui di rumahnya di Taman Maznah di sini semalam.

Menurut Md. Noor, secara kebetulan keputusan yang dijatuhkan terhadap Irawadi Mohamad, 29, diketahui sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran Norzi Ayu yang genap 33 tahun semalam.
"Mungkin itu hadiah paling bermakna buat arwah anak saya kerana pembunuhnya telah menerima hukuman yang setimpal," katanya, seorang pesara eksekutif di Northport, Pelabuhan Klang.

Md. Noor memberitahu, biarpun luka menerima kenyataan bahawa anak kesayangannya menemui ajal akibat dibunuh seorang pemuda yang dikenalinya, dia reda dengan pemergian Norzi Ayu.
Setelah sekian lama baru capai keputusan.. semoga diberikan petunjuk pada si pelaku dan bertaubat padaNYA.
Ya Allah ampunkan dosa2 Kak Ayu ketika hidupnya dan rahmatilah rohnya...Ameen.

alhamdulilLah~~~

Tuesday, November 03, 2009

Sunday, October 25, 2009

SELINGAN

bismilLah~~~




alhamdulilLah~~~

UBAT

bismilLah~~~

kecelaruan dan kegalauan minggu lepas hampir reda.huhh..

test2 dpt jawab la jugak wlaupun ade yg aku x tahu jawab..tp main jawab jek jugak..
presentation robotik berjalan lancar..memula x gerak gak pneumatic..rupenye circuit electro rosak..lepas troubleshoot dapat jalan gak.. dr. Azmi dh nak bg kosong..nasib baik
Fyp pon hampir lega...lepas present robotik jumpe dr. Azmi..tunjuk drawing utk fabricate test rig tuh.."good job!" tp kene alter sket..hmm bile la aku nak bagaikan mende alah tu..

isnin ni ade test robot lg...lepas tuh hari khamis dah start final!? uhhh keadaan amat tertekan sekarang. jadi harus menumpukan perhatian kpd final dulu..tp terkadang tumpuan aku terkalih..
haha...ya Allah kuatkan azamku,tekadkan pendirianku,jauhkan lah keresahan ini..aku memohon dgn lebih banyak lagi.
kesihatan pn kurang baik minggu ini...uhh..makan ubat lagi..

"robbi yassirli..."
"AlLahumma 'aafini..."


alhamdulilLah~~~

Wednesday, October 21, 2009

SINOPSIS

bismilLah~~~
The objective of this project is to further develop test rig for measuring geometrical tolerances of manufactured products using machine vision. The use of non -contact approach measurement enables in-process quality control to be implemented in the production line of manufacturing companies.....and so on...

berikut adalah sinopsis untuk projek tahun akhir aku...(final year project - FYP)
sekarang nih sedang sangat bz!
- test yg byk
- design II - kene fabricate mechanical operated car shelter..
- robotik - kene siapkan lab report ngan lab presentation
- FYP - kene fabricate test rig (measuring device) dan juga menyiapkan preliminary report untuk sem ni
- final exam plak dah nak dekat... 29 october 2009 paper 1st!!!

ok itu sahaja...anda faham bukan?

selitan: gambar2 menggunakan kamera pakai buang lomolitos RM40...aku roll balik filem tuh pakai 2 kali..so gambo jadi double exposure..







alhamdulilLah~~~

Monday, September 07, 2009

SELEPAS

bismilLah~~~

sebenarnye tengah sibuk wat keje...membuatkan aku stress, so aku saje mengalihkan tumpuan sebentar...
semalam aku kemas bilik...memang bersepah tahap dewata raya lah hehe
lihat sendiri gambar ini


sebelum


selepas


selepas sehari aku bertungkus lumus..
p/s: gambar diedit menggunakan teknik stitching menghasilkan imej panorama dengan bantuan photoshop
alhamdulilLah~~~

UPDATE

malas nak update..haha letak gambo jek







blackbird, fly


gambar bawah ni diambil menggunakan Lumix LX3



bismilLah~~~




alhamdulilLah~~~

Tuesday, June 30, 2009

LOMO?

bismilLah~~~

aku pn nak update blog lah..setelah bosan nak kacau orang kat dlm facebook..hahakss
minggu2 terakhir aku praktikal rase malas dah nk pg keje (lagi seminggu je lagi!!)
lecturer pn dah datang lawat..so far ok la..

adek aku hasif dh pon masuk UPM..amek biotech..berkurang balik org kat rumah nih.
lagi2 minggu nih. abah aku pegi sabah, kakak aku kadang2 pg site kat tg. malim so tinggal la mama aku ngn una (adek aku nk pegi mesir plak nnt). aku plak balik keje lambat. kadang2 penat aku lepak umah mmber kt shah alam dulu..mlm sket baru balik umah.
di siang hari tinggal la kucing bernama hunter yg dah tua nih kt umah, xleh masuk rumah plak tu sbb die slalu kencing (maklum la dah tua..nyanyuk agaknye)

praktikal dah nak habis..maknenye hari2 lah masuk ke kelas lecture selepas ini. kene tingkatkan usaha lagi!

okeh...dh tak sabar sebenarnye..tgu camera aku smpai esok.

~currently into lomography~
10 Golden Rules Of Lomo.
  1. Take your Lomo everywhere you go
  2. Use it anytime
  3. Lomography is not an interference with your life but a part of it
  4. Get as close as possible to the objects of you lomographic desire
  5. Don't think
  6. Be fast
  7. You don't have to know beforehand what is on your film
  8. Nor afterwards
  9. Try the shot from the hip
  10. Don't worry about (golden) rules



alhamdulilLah~~~

Saturday, June 20, 2009

MYVI OR PARIS?

bismilLah~~~

ahh tak dapat tido...kenapakah?
aku rase badan aku panas giler...dari tadi peluh jantan dan betina sume kuar..
tak henti2 lagi..huh apekah sbb hari2 dok dlm aircond jek..x kuar peluh..so dkat ujung minggu je die nak kuar outing ramai2 dari bdn aku..ahh.. nk tdo pn belengas jek

atau mungkin aku excited pasal team fakulti aku masuk Perodua Eco-Challenge kat USJ Speedway
pagi nnt adelah detik nye..aku tak join pn team nih pasal praktikal kt tmpat laen..so aku jd supporter jek..leh tgk gambar neh..

cantik bukan?

lebih lanjut leh layari >>> http://artec-fkm.blogspot.com
long live engine!

hari ni jugak ade Ijtima' Mahabbah Sanawi (IMS 2009)
ims ni program tahunan alumni sekolah aku (alumni institusi pendidikan hira' - ALIPH)
kire mcm reunion la gitu..asalnye agak malas nak pg..tp bile tgk2 balik list yg dh bg name nk pegi tuh..wakil batch aku (batch8 ngn 10) agak kurang penyertaan..so aku pepoyo la kengkonon jadik wakil
nnt xde la org ckp batch aku x bg support..hahakss
aku neh mmg seorang yg supportive bukan?
lupe plak nak cakap..IMS nih wat kat PARIS! selama 2 hari 1 malam jek
dengan bayaran rm40 shj!
can u imagine that? bleh g paris dgn hanya rm40 sahaja...hebat bukan?

so hari ni aku nak buat apa?
pagi g USJ speedway kt tepi highway tuh jd supporter team tuk team fkm uitm!
pastu melepasi tengahari aku akan berlepas ke PARIS!

buat ahli qariah yg lain..pastikan plan kite mantap tegap dan jitu...hahaha


ahh apesal tak boleh tido lg nih??
zzzzzzZZZZZzzZzzZzZZZzzzzzZzzzzzzzzZZZzzz

alhamdulilLah~~~

Thursday, June 11, 2009

GOOGLE

bismilLah~~~

heh dek kerana kebosanan.. dan aku teringat citer WANTED mase awal2 n akhir citer die search name die kat google...so aku pn wat la..
lihat la hasilnye selepas bertanyakan kepada encik google;

memula aku search kt WEB,
yg merah tu bukan name aku


pastu aku search kat IMAGE plak,
heh tu name aku...tp gambar org laen plak
ni mesti gambar mase aku g kursus cetak tshirt kat banting dlu..
brader tu silap letak name aku la tuh kt website die



pastu search NEWS plak
ade ke berita pasal aku?
haha tak match langsung!


then GROUPS plak
lagi la nyampah siap keluar tah pape jek..
hahaha

sebenarnye nk citer pasal snipping tool yg ade kat windows vista neh..
korang leh cuba...sblm nih kite pakai printscreen (prt sc) yg ade kat keyboard pastu paste kat paint then baru edit
sekarang dh senang pakai snipping tool..sbb kite dah bleh set sendiri kat mane kite nak crop dan siap ade pen ngan highlighter tuk conteng2

korang leh try..
g kat start > all programs > accessories > snipping tool

selamat mencuba!

eh jap jap...rase mcm nak tag org!
aku tag korang la yg suke nak wat...pastu inform kt aku kalao korang ade wat mende neh!


alhamdulilLah~~~

SENYAP

bismilLah~~~

~entry ini telah di edit~
sebenar banyak dh aku taip...tp tetibe mood yg x tentu hala ini membatalkan niat aku untuk update hari ni.

so enjoy your day!

"berkata lah yang baik atau diam"

alhamdulilLah~~~

Wednesday, June 10, 2009

LI

bismilLah~~~

pics during my practical training at Perwira al-Shura Consulting Engineers Sdn. Bhd. (PACE)


Office M&E department


Site Inspection with KPM
Industrialize Building School (IBS) - 43 schools
this is at Sek. Keb. Pelabuhan Utara, Klang


Site office - Hospital Shah Alam, Seksyen 7
near 2nd entrance UiTM n new petronas
alhamdulilLah~~~