Showing posts with label outdoor. Show all posts
Showing posts with label outdoor. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

BUKIT TABUR EAST

bismilLah~~~

hari sabtu lepas aku pergi mendaki bukit tabur..sebelah timur punya pulak.
pendakian yang mencabar dengan permukaan batu dan juga pacak amat.
tapi semua tu berbaloi...layan~






alhamdulilLah~~~

Tuesday, January 05, 2010

BROGA

bismilLah~~~

selamat tinggal tahun 2009
selamat datang 2010
bermula balik perjalanan aku sebagai mahasiswa di UiTM.
detik2 akhir tahun 2009 aku gunakan dengan sebaiknya pada cuti penggal baru2 ini. Kerana aku sedar selepas ini aku akan kekurangan masa terluang untuk bersama rakan2 sepermainan.

29/12/09
mendaki bukit broga bersama Fakhrurazi (Aru) dan Ayub. rakan sepermainan di bangku sekolah lagi. sesuatu yang tidak dirancang dan penuh dengan kesengalan.
Perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih yang mengambil masa sejam telah menjadi 3jam gara-gara terlalu percaya dan bergantung kepada GPS. Setting yang tak betul membuatkan GPS membawa kami ke Semenyih menggunakan jalan dalam dan langsung tidak ikut Highway. Kami memulakan pendakian kira-kira pukul 11 pagi ketika matahari sedang menari-nari di atas kepala.


Dan sesungguhnya ia suatu tindakan yang tidak patut diterima. Dengan keadaan kami yang fit tidak memuaskan tentu sahaja kepenatan yang melanda.Pendakian yang mengambil masa 45minit menjadi 2jam untuk smpai ke puncak kerana kekurangan tenaga. Setetelah betungkus lumus akhirnya berjaya sampai ke puncak dengan jayanya. biar gambar2 ini yang menceritakan selebihnya.










alhamdulilLah~~~


Thursday, December 24, 2009

XPDC G. NUANG BERSAMA KARAT

bismilLah~~~
Pada hari jumaat lalu (17 Disember 2009) aku berkesempatan menyertai ekspidisi mendaki Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
G. Nuang merupakan gunung yang tertinggi di selangor. Aku berasa amat berkobar-kobar untuk mendakinya sampai ke puncak.

Selepas memastikan segala kelengkapan cukup dan memadai. Kami bertolak dari shah alam jam 3.30pm. Hujan lebat di pertengahan perjalanan kami sedikit pun tidak mematahkan semangat yang masih lagi berkobar-kobar di dada.
Setelah sampai di kaki G.Nuang kami bersiap dengan beg masing-masing beserta kamera dan juga lampu suluh kerana kami diberitahu kemungkinan akan sampai ke "base camp" pukul 9 malam.
Setelah hampir sejam kami berjalan, kami berhenti sebentar untuk melepaskan lelah yang sudah lama berkumpul di dalam paru paru. Kemudian perjalanan disambung untuk mencari tempat yang sesuai mendirikan solat maghrib.
Saya sempat disapa oleh makhluk kecil ini. Lalu membiarkan ia menghisap darahku sehingga kenyang sambil mengharapkan ia dapat sedut lemak-lemak di badanku sekali.

Selepas selesai solat maghrib di tepi sungai, kami sambung perjalanan dan sampai ke "base camp" iaitu Kem Lolo. Di sana beberapa kumpulan lain yang menyertai kami sudah pun sampai dan mendirikan khemah serta tempat teduh masing-masing. Lalu kami bersiap mendirikan solat isya' dan mandi dengan air sungai yang seju di kala hujan kurang lebat.



Jam 9.30 malam kami disajikan dengan makan malam dengan menu nasi beriani+ayam masak merah+acar sayur+papadom. Sungguh enak masakan Aunty Aisyah.
Sesi suai kenal disusuli pula selepas itu di mana kami berkenalan dengan otai mendaki iaitu Uncle Rashid dari KARAT Adventure serta rakan-rakan.

[Selingan seketika]
Kami kemudian tidur untuk mengumpul tenaga mendaki ke puncak esok hari.






Esok hari (Sabtu 18 Disember 2009)
Sarapan pagi yang enak sekali iaitu Nasi Lemak.







Selepas kenyang masing-masing bersiap membawa apa yang perlu untuk ke puncak gunung seperti makanan, minuman, baju hujan dan juga lampu suluh.


Sejam perjalanan kami sampai di Kem Pacat. berhenti sebentar untuk berehat dan menghilangkan penat dan haus. Tentunya tidak melepaskan peluang bergambar dengan alam ciptaanNya.


Kagum dengan Mak Anjang (kanan sekali) walaupun sudah berumur 50an tetapi masih kuat dan semangat mendaki gunung (aku dah panchet awal-awal)


Setelah hampir 4 jam kami sampai ke puncak. kepenatan  yang dirasai sepanjang pendakian hilang serta merta kerana kegembiraan serta diiringi dengan hawa yang sejuk selepas hujan.

Kesempatan ini kami ambil dengan bergambar sepuasnya untuk dijadikan kenangan. Amat sejuk! dan aku dah lapar lalu makan nasi berlauk rendang daging yang dibungkus sebelum pendakian tadi.



Tahniah kepada aku sebab berjaya panjat G. Nuang. Awesome!

alhamdulilLah~~~