| Pantai Jeram, Nikon D90, Kit Lens |
Petang ini juga indah
Mentari mula menyembunyikan diri di sebalik bangunan tinggi depan rumah
hanya cahaya merah jingga kelihatan menambah seri langit
anak-anak pulang sekolah dengan gembira berlari-lari anak
kebanyakan pulang kerja dengan riak yang lesu tidak seperti pagi
kerja melambak dibiar di meja ofis tunggu dihadap esok pula
di taman mereka berlari-lari membibit peluh
di jalan kereta dan lori sesak beratur di simpang
yang sudah pulang hanya duduk-duduk menonton cereka
ibu-ibu menolak anak kecil dalam kerusi beroda di taman rumah
baju kotor dilempar ke dalam bakul
menunggu malam yang tenang untuk bermimpi lagi
untuk melihat bulan dan bintang di hamparan langit gelap
mengharap esok ada lagi seperti hari ini
kerana hari-hari indah ini perlu berterusan
ya petang ini indah
hari ini berlalu pergi
hidup masih seperti hidup
untung lah.
[11 MEI 2011 - 6.58 petang]
alhamdulilLah~~~











