Thursday, December 24, 2009

XPDC G. NUANG BERSAMA KARAT

bismilLah~~~
Pada hari jumaat lalu (17 Disember 2009) aku berkesempatan menyertai ekspidisi mendaki Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
G. Nuang merupakan gunung yang tertinggi di selangor. Aku berasa amat berkobar-kobar untuk mendakinya sampai ke puncak.

Selepas memastikan segala kelengkapan cukup dan memadai. Kami bertolak dari shah alam jam 3.30pm. Hujan lebat di pertengahan perjalanan kami sedikit pun tidak mematahkan semangat yang masih lagi berkobar-kobar di dada.
Setelah sampai di kaki G.Nuang kami bersiap dengan beg masing-masing beserta kamera dan juga lampu suluh kerana kami diberitahu kemungkinan akan sampai ke "base camp" pukul 9 malam.
Setelah hampir sejam kami berjalan, kami berhenti sebentar untuk melepaskan lelah yang sudah lama berkumpul di dalam paru paru. Kemudian perjalanan disambung untuk mencari tempat yang sesuai mendirikan solat maghrib.
Saya sempat disapa oleh makhluk kecil ini. Lalu membiarkan ia menghisap darahku sehingga kenyang sambil mengharapkan ia dapat sedut lemak-lemak di badanku sekali.

Selepas selesai solat maghrib di tepi sungai, kami sambung perjalanan dan sampai ke "base camp" iaitu Kem Lolo. Di sana beberapa kumpulan lain yang menyertai kami sudah pun sampai dan mendirikan khemah serta tempat teduh masing-masing. Lalu kami bersiap mendirikan solat isya' dan mandi dengan air sungai yang seju di kala hujan kurang lebat.



Jam 9.30 malam kami disajikan dengan makan malam dengan menu nasi beriani+ayam masak merah+acar sayur+papadom. Sungguh enak masakan Aunty Aisyah.
Sesi suai kenal disusuli pula selepas itu di mana kami berkenalan dengan otai mendaki iaitu Uncle Rashid dari KARAT Adventure serta rakan-rakan.

[Selingan seketika]
Kami kemudian tidur untuk mengumpul tenaga mendaki ke puncak esok hari.






Esok hari (Sabtu 18 Disember 2009)
Sarapan pagi yang enak sekali iaitu Nasi Lemak.







Selepas kenyang masing-masing bersiap membawa apa yang perlu untuk ke puncak gunung seperti makanan, minuman, baju hujan dan juga lampu suluh.


Sejam perjalanan kami sampai di Kem Pacat. berhenti sebentar untuk berehat dan menghilangkan penat dan haus. Tentunya tidak melepaskan peluang bergambar dengan alam ciptaanNya.


Kagum dengan Mak Anjang (kanan sekali) walaupun sudah berumur 50an tetapi masih kuat dan semangat mendaki gunung (aku dah panchet awal-awal)


Setelah hampir 4 jam kami sampai ke puncak. kepenatan  yang dirasai sepanjang pendakian hilang serta merta kerana kegembiraan serta diiringi dengan hawa yang sejuk selepas hujan.

Kesempatan ini kami ambil dengan bergambar sepuasnya untuk dijadikan kenangan. Amat sejuk! dan aku dah lapar lalu makan nasi berlauk rendang daging yang dibungkus sebelum pendakian tadi.



Tahniah kepada aku sebab berjaya panjat G. Nuang. Awesome!

alhamdulilLah~~~

Wednesday, December 16, 2009

SEDARKAH?

bismilLah~~~

sambil2 aku melayari internet tetibe aku ade terlihat satu posting gambar oleh friend of friend of mine..
gambar tu tunjuk screenshot comments budak2 cha ya nun alif yg mengata pasal melayu..

hmmm aku jarang nak berbual perkara serius sebegini...tapi sekali sekala aku rasa nak smpaikan ape yang aku pikir dengan semangat 1malaysia dalam diri aku hehe.

maka berbondong-bondonglah friend of friend of mine yang komen itu dan ini kerana merasakan diri tercabar dan berapi dalam diri dengan komen2 yang mengata melayu itu dan melayu ini. ayat2 "tak sedar diri" "pegi balik negara sendiri" semua keluar..malahan jampi serapah carut karut turut keluar dari mulut baik yang lelaki mahupun perempuan.
mujur juga ada yang rasional dan matang dalam menerima situasi sebegini.

ye semangat itu saya nampak.patriotisma! bagus. tapi cara menyalurkan itu kurang matang dan tidak etika.

jadi aku terfikir bukan ke same je mereka2 ini?masing2 mengeluarkan kata2 carutan dan marutan.yang ini kutuk itu,yang itu pun kutuk ini. ahh smpai bila?
dan aku terfikir kenapa mereka mengatakan kita sebegitu? apa yang membuatkan mereka berfikiran begitu?dan sebab apa kita mengatakan mereka sebegitu? dan mengapa kita fikir mereka begitu?

jadi salah siapakah? salah kitakah yang mendokong dan membawa nama melayu? atau salah mereka yang tak tahu?

saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama2 berfikir.
saya anak melayu dan saya anak muslim.


alhamdulilLah~~~

Friday, December 11, 2009

SUKANYA BILA CERIA



bismilLah~~~
saya sangat suka hari ni...tidak tahu kenapa sebab ia hanya yang biasa bagi mereka
tapi bagi aku ia adalah suatu yang syahdu dan menyentuh pangkal hati aku.
result aku yang tak seberapa tapi aku sangat syukur melihat nya.
hanya sujud padaNYA dapat menggambarkan kegembiraan hati ini.
dalam meniti usia akhir aku sbg mahasiswa yang kadang2 tak nampak walau depan mata..terlalu jauh walau di sisi..

jom mandi sungai!

selitan

minggu lepas aku pegi mendaki gunung angsi, negeri sembilan...mcam biasa aku naik paling last...turun pun paling last..







sebabkan aku gembira...minggu depan nak pegi gunung nuang pula..
alhamdulilLah~~~