Wednesday, June 09, 2010

CROSS PROCESS

bismilLah~~~

Cross processing (sometimes abbreviated to Xpro) is the procedure of deliberately processing photographic film in a chemical solution intended for a different type of film. The effect was discovered independently by many different photographers often by mistake in the days of C-22 and E-4. The process is seen most often in fashion advertising and band photography, and in more recent years has become associated with the Lo-fi photography movement (sumber: En. Wiki)
semenjak aku berkecimpung dalam dunia lomografi...ni baru kali pertama aku pakai slide film atau lebih dikenali sebagai positive film. Di mana kebiasan jurugambar menggunakan filem ini untuk buat slide. Tapi dengan memproses filem positif menggunakan bahan kimia untuk mencuci filem negatif yang biasa, ia menghasilkan kesan khas yang menarik. Cross Process atau Proses Silang ini mempunyai dua kaedah:
  • Processing positive color reversal film in C-41 chemicals, resulting in a negative image on a colorless base
  • Processing negative color print film in E-6 chemicals, resulting in a positive image but with the orange base of a normally processed color negative (sumber: En. Wiki)
di mana C-41 ialah bahan kimia untuk memproses filem negatif biasa dan E-6 pula sebaliknya.
Aku dah pun mencuci filem positif dengan cara proses silang dan hasilnya mengagumkan walaupun ada beberapa gambar yang tak jadi..biasa lah baru berjinak-jinak..
dengan menggunakan kamera pakai buang LOMOLITOS dari Lomography yang aku beli RM40 sahaja dan filem positif Kodak EBX 100, inilah antara hasil yang jadi..tanpa sebarang pindaan dan juga teknik Photoshop,layan..








alhamdulilLah~~~

Friday, June 04, 2010

BUAT SAUDARA

bismilLah~
saudaraku,
dari jauh aku melihat kamu sengsara
dari jauh juga aku melihat mereka rakus memperlakukan sanak keluargamu
tapi aku masih tidak merasa apa-apa
kadang-kadang saja terdetik di hati ini.
rasa kasihan dan sedih..
air mata hanya membibit di hujung mata tapi tak menitis
detik itu sekejap..
aku lupa sengsaramu, aku tak hirau perjuanganmu
kau saudaraku
sungguh aku iri hati denganmu
kau lahir sebagai pejuang
aku pula hanya tahu memandang
kau meneruskan usaha nenek moyangmu tanpa lelah
meskipun hanya segenggam batu
kau tetap mara dan berani

sedangkan aku?
aku saudaramu yang jauh
aku malu mengaku aku saudaramu
kerana aku tidak kuat sepertimu
aku tidak tabah seperti hatimu
aku tidak gagah melaungkan azimat semangat
aku tidak berani pertahan maruahku
aku tetap saudaramu
aku mahu jadi sepertimu wahai saudaraku
sempatkah kita bertemu
aku mahu bertemumu wahai saudaraku..
ALQUDS
alhamdulilLah~