bismilLah~~~
Aku riang melalui hidup yang indah sahaja
indah hanya pada zahir dan nampak
tapi jiwa dan minda itu kosong
asyik dibuai mimpi yang hanya mainan
Tapi aku sedar mimpi itu takkan lama
kerana akhirnya perlu bangun dan menghadapi nyata
kenyataan itu tidak pasti dan kabur
atau aku yang masih teringat pada lena mimpi
Tidur itu untuk merehatkan aku
tapi rehat itu untuk sementara
untuk mengumpul daya meneruskan hari esok
mahu aku tidur lama meneruskan mimpi itu
ohh terlalu panjang mimpi itu
membuai tidurku sehingga aku alpa dan lupa
dunia itu nyata punyai rasa dan jiwa
oh kejutkan aku dari gelap mimpi ini
mimpi ngeri?
tiada siapa mahu ngeri itu
hodoh, busuk, gelita dan muram
manusia hanya mahu yang indah
indah yang hanya akhirnya hanyut
kerana indah itu bukan yang jelas
indah kerana mimpi yang mengaburi
hati hati ini sudah dicemari indah yang kelam
kejutkan aku agar aku tahu apa itu dunia
yang kejam, tidak adil, dan penuh dugaan
pandulah jiwaku dan imanku menjadi kuat
meghadapi nyatanya dunia ini
siapa mahu kejutkan aku
dan perlukah aku kejutkan mereka
sama2 sudah bermimpi
mengharap ada yang bangkit dan sedar
untuk kejutkan aku~
alhamdulilLah~~~