Wednesday, May 26, 2010

SAMA-SAMA

bismilLah~~~

mengenang pada hari-hari yang lewat
bersama rakan-rakan tika mudaku
ketika mereka dan aku sama-sama melangkah
langkah yang sama 
pada bumi yang sama 
ke arah yang sama
rasa kita sama
bermula pada titik yang sama
manis itu sama-sama rasa
pahit pula sama-sama telan
luka di sini, di sana mengaduh
berteduh di bawah bumbung yang sama
mencari sesuatu yang sama
meneroka alam yang sama
pakaian kita sama bersih dan suci


tapi saat ini tak sama lagi
kebersamaan itu pudar
mereka jauh di sana
aku pula masih di sini
di tapak ini tak ke mana
melangkah tapi terlalu perlahan
sedang mereka berlari ke sana
aku juga mahu ke sana tapi langkah aku bejat
halangan itu sama
aku yang lemah menanganinya
aku tetap melangkah walau setapak
kerana tapak ini sudah berhabuk penuh dengan debu kotor 
kena terus menapak ke sana bersama mereka
mereka hulur tangan ingin mengajak aku
tapi tangan ini kotor dan jijik untuk menyambut
kerana aku malu ke sana seperti pengemis
apa masih ada tempat untuk aku di sana
atau aku hanya akan di sini sampai akhir
sama-sama lah kita


alhamdulilLah~~~

Monday, May 24, 2010

SINAR

bismilLah~~~

dalam mencari sinar permata
jangan terleka oleh kilauan kaca
kerna sekilas memang ia tampak bersinar
namun hanya kaca yang rapuh
bukan mudah nak mencari permata itu
mengilapnya menyinar dibias mentari bukan mudah
apatah lagi menilainya juga memang payah
dimana mahu mencarinya?
hanya mereka yang gigih dan tahu selok beloknya tahu di mana
dan bagaimana mendapatkannya
jadi belajarlah untuk mencapai tahap itu
mampu menilai dan menggilap permata
agar harganya tinggi bukan sekadar pada batu
ya...yang mahal itu memang susah nak dapat
dan ia tidak banyak antara ramai
jadi jangan tersilap ia kilauan kaca atau sinaran permata

alhamdulilLah~~~