Sunday, September 30, 2007

DEKAT DAH

bismilLah~~~

hmm...
final dah nak dekat
semakin dekat final...aku semakin takde perasaan

blur~


alhamdulilLah~~~

Tuesday, September 25, 2007

LETIH JUGA YE

bismilLah~

huh..
ramadhan kareem~
Allah menguji manusia dgn pelbagai dugaan dan cubaan
dengan menahan lapar sehingga lah menahan nafsu..
mereka yg mampu melepasinya..maka rahmah,maghfirah dan dijauhkan dr neraka adalah selayaknya bg mereka...
mampukah kita menjadi dikalangan mereka? setkan minda anda utk menjadi seperti mereka..

minggu2 akhir yg cukup merangsang otak aku utk merembeskan sel2 neuron dgn lebih banyak
dan membuatkan aku cukup letih..(sempat lg tu update blog)

MINGGU INI
1. 26-09-2007 > Test oral n listening Bahasa Jepun
2. 26-09-2007 > Submit assignment Thermodynamics Lab
3. 27-09-2007 > Lab Test Computer Programming C++
4. 27-09-2007 > Final draft Report Writing

MINGGU DEPAN
5. 01-10-2007 > Submit dynamics lab report
6. 02-10-2007 > Test Calculus III
7. 03-10-2007 > Test Vector Dynamics n Vibration
8. 04-10-2007 > Presentation on Report Writing
9. 04-10-2007 > Final test Computer Programming C++

yeye pastu cuti raye!! eh..ade FINAL la plak lps cuti..
huhu dh nk abes sem3..yeahh

selamat berjaya buat diri aku sendiri...


alhamdulilLah~~~

Sunday, September 23, 2007

MAGHFIRAH

bismilLah~~~

10 awal ramadhan dah berlalu...di mana rahmat Allah mencurah2 buat hambanya
dan masuk pula ke pertengahan ramadhan, keampunanNYA utk hambaNYA
jom same2 rebut peluang nih..

aku jumpe artikel nih kat forum asasian.net
cambest jek, sile la bace..

AURAT DARI PERSPEKTIF FIZIK
Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

panjangnye...
..
alhamdulilLah~~~

Thursday, September 13, 2007

SAHUR

bismilLah~~~

hari pertama puasa...
sahur ramai2 ngn famili aku
cuma haidar,hanif ngn hafsa n famili xde kt umah..
ujung mgu ni penuh la rumah..hanif jek tertinggal kt ireland
haha
byk sgt kenangan bulan puasa ngn famili

pape pon semoga kita istiqamah dalam amalan
wat geng2 tahfiz sume...jgn lupe mengulang!
yg jadi imam jadilah imam dgn baik
:D

fyi, blog geng gener8ers yg aku baru linkkn kt blog aku
-blog aiman salmi
-blog rahim khalis

semoga bermanfaat kpd semua

alhamdulilLah~~~

Wednesday, September 12, 2007

DAH SAMPAI

bismilLah~~~

ramadhan dah sampai...
adekah kita tertunggu tunggu atau termangu mangu?
aku ghairah nak berpesta...pesta ibadah

peringatan buat diri aku sendiri

1. khatam
2. qiam
3. amalan sunat
4. study
5. ma'thurat
6. jemaah kat mesjid


alamak dh maghrib...taa~

alhamdulilLah~~~

Sunday, September 09, 2007

MILIK KAMI

bismilLah~~~

aku rase dari kecik lg aku slalu dgr kat berita
..pasal perjanjian damai

huh...lagi2 perjanjian damai
tp...tak kemana gak
kalau dari dulu lagi macam ni...
kenapa sekarang nak wat perjanjian damai lagi??

tak damai2 jugak
olmert laknat masih menangguhkan perbincangan mengenai penubuhan negara palestin merdeka
damai tak datang lagi
dalam masa yg sama...hak saudara palestin terus dicabuli
bunuh...bunuh...bunuh dah menjadi rutin mereka

pak syeikh di tangkap...dah lepas pastu tangkap balik
ape ingat blaja biologi ke nk wat tangkap tanda lepas..
huh..remaja jugak yg diharapkan menjadi waris perjuangan

tapi bagi kita?
nak ke kita jadi pemusnah bangsa dan agama sendiri?
sedang mereka bermatian pertahankan agama mereka
agama kita jugak..
ramadhan bakal menjelang
apekah semangat badar akan datang lagi...

palestin kan dimiliki lagi

alhamdulilLah~~~

Saturday, September 08, 2007

MENANTI

bismilLah~~~

masih menanti
sangat menanti kehadiarannye

RAMADHAN...
inilah peluang aku
peluang utk semua umat manusia

kita menanti..
tapi bila tiba harinya
seolah2 pandang sekilas
apakah masih sempat bagiku
sempatkah bagi umatku

ahh...sama macam dulu
siang hari lapar nak mati
malam hari kenyang terbongkang
detik itu berlalu tanpa disapa

padahal sudah terang
termaktub dalam al kitab
jelas dari lidah ar rasul
apa mahu dibuktikan lagi

mata terlalu rambang
atau kerana tak nampak intinya
mengapa tak mencari
sudah tersedia
tapi masih menutup mata

kita...
selalu mengharapkan ganjaran
tapi tidak cuba dapatkannya
tidak tahu bagaimana
tidak tahu apa
tidak tahu kenapa
atau tidak mahu tahu

bara api ditambat diikat dibelanggu
apa masih x mampu
nafsu sendiri menguasai
ahh..tidak bisa melatih sejak dulu lagi

bersusah seperti sufi
tapi jauh sekali seperti mereka
kerana kelebihan mereka
atau kekurangan kita

habuan dah terhidang
mengapa hampas yang dicari
cari bagai nak rak
untuk secebis yang jijik dan kotor

menanti detik tiba saatnye
mencari sinarnya
hilang gelapnya
masa lampau

kemuliaan datang bertandang
dakaplah sepuas puasnya
cedoklah sedalam dalamnya
gapailah setinggi tingginya
kejarlah sekuat kuatnya

kelak anda mampu tidur senyenyak nenyaknya
lelap bersama keampunan

-hmi05-
8 september 2007
03:28 am

***wat member2 yg nak terbang...tahniah buat semua. terbang lah setinggi yang mampu..gambatte kudasai...ki o tsukete!

alhamdulilLah~~~

Thursday, September 06, 2007

SMSes

bismilLah~~~




Sahabat...
bumi kita payah...
Peluh, air mata dan mungkin darah...
Bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca, peganglah tanganku..

Kita beriringan bersama sebagai pejuang..
Bila aku katakan padamu "Perjuangan itu PAHIT"..
Kau sahutlah sesungguhnya "Syurga itu MANIS"
~selamat berjuang

sender:
0 4 N a b
+601XXXXXXXX
sent:
11:27:09pm
05/09/2007



Dalam kita melangkah,

terkadang diuji dgn ujian yang berat
hingga kita terduduk menangis, peritnya terasa,
tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri,

kerana mungkin air mata itu hadir kerana
Dia mahukan kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran langkah yang tersasar
dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman...

sender:
8 A k i M o k
+601XXXXXXXX
sent:
03:13:29am
06/09/2007


alhamdulilLah~~~