bismilLah~~~
salam
hari-hari cuti dibiarkan berlalu
sedangkan itulah yang aku harapkan
masa yg cukup untuk menjalankan apa yang aku rancangkan
tp apakah kerana aku terlalu malas? apakah sikap ini telah sebati dalam hidup aku
apakah minda aku disetkan untuk menjadi malas..
ya Allah..hamba memohon agar diperkuatkan jiwa ini..disucikan hati ini..dipanjangkan akal ini
supaya aku tetap terus tidak pernah lelah sujud di hadapanMU ya Rabb..
-------------------------serious mode------------------------------
kadang-kadang kebenaran yang diperlihatkan di depan kita membuatkan kita tak mampu menerimanya...kerana kebenaran itu membuatkan kita hilang segalanya
kasih sayang, harta, dunia dan macam macam lagi yg menjadi kecintaan kita
lantas hati dan fikiran kita yang dungu tanpa panduan mencuba untuk menafikannya
cuba membuang sejauhnya hakikat bahawa dunia ini manusia ini terlalu kejam dan jijik bila berakalkan nafsu..
hati kecil yang suci ini menjadi terlalu takut dan malu untuk berdepan dengan kejijikan dan kemaksiatan yang membesar dalam setiap jiwa..lantas hati kecil terus mengecut dan kerdil
ditawan dan diteroka oleh nafsu dan syaitan keparat!
saat itu hanyalah mengharapkan cahaya hidayah menerangi ruang yang penuh dengan titik hitam legam kosong dan buta...
ahh...hidup ini terlalu payah buat kita..atau jiwa ini yang tidak mampu melawan kerana tidak tahu bagaimana berlawan...?
mana mungkin...segalanya telah dibekalkan..telah disuap dan telah disajikan semuanya ibarat hidangan kenduri pengantin tiga malam berturut turut
apekah kita sudah muak dengan hidangan yg sama?
apakah ada yang lebih lazat dan manis dari ukhuwah, ilmu, iman serta amal yang menjanjikan kekenyangan dan kesenangan di hari yang pasti?
pastinya jiwa ini sudah busuk kerana dipijak-pijak dan dibiarkan dan dihumban di lorong-lorong kotor
penuh dengan hasad dengki dan dendam..
gersang dari siraman suci airmata kerana dosa padaMU ya Rabb
mungkinkah akan subur?
tiada cahaya...tiada air
gersang semata...tandus! kering!
akhirnya menjadi batu yang tak berguna
menjadi debu yang berterbangan...
hampas!
-----------------------------------------------------
1. jaga amal jaga iman jaga hati kita
2. susuli setiap kajahatan dengan kebaikan..semoga ia dapat menyucikan hati kita
3. "alaa bizikrilLahi tathmainnul quluub" - maka dengan mengingati Allah dapat menenangkan hati
4. "katakanlah kebenaran walau ianya pahit"
alhamdulilLah~~~
No comments:
Post a Comment