bismilLah~~~
sudah berapa hari aku tak mencoretkan sesuatu di blog ini.
selalunya kalau cuti, rajin juga aku memblog
kebelakangan ini tidak ada mood nak kemaskini
sebab aku bosan di rumah..jadi tak ada perkara yg menarik aku nak ceritakan kat engkau orang(itu pon kalau engkau orang baca blog aku)
hahaha
nenek aku tengah sakit..sekarang dekat hospital klang
mama aku jaga nenek aku tetiap hari
jadi kene hantar mama aku tiap pagi ke HTAR
sedih bile tengok keadaan nenek..mase aku melawat nenek tgh tido
memohon dengan sangat~
khas buat mereka sahabat aku yang dah lama tak tahu cerita pasal aku,
terutama bebudak kat luar sana..bebudak ataslaut(baca: oversea)
aku sekarang tengah cuti semester...untuk tahun yg kedua aku belajar..
semester depan aku dah masuk semester4 tahun 2 lagi.
bermakna aku ada lagi 5 semester (termasuk semester depan) berbaki untuk aku menghabiskan pelajaran aku sebagai penuntut UiTM Shah Alam dalam bidang kejuruteraan mekanikal peringkat sarjana muda
2tahun setengah saja lagi
(itu pun kalau segalanya berjalan lancar)
"standard r budak enjen extend"
arghh.! aku tak nak standard...aku nak habis on time juga!
banyak lagi perancangan hidup aku
matlamat untuk 2tahun akan datang:meneruskan pelajaran dengan jayanya.. yoshhh!(dengan gaya My Boss My Hero)
aku masih tinggal di klang, tapi dah pindah ke sungai pinang
dekat dengan rumah lama..tak jauh pun
lagi satu..aku dah makin gemuk
(wahaha...gara2 kurang bersenam dan makan terlalu banyak sebab aku hidup bahagia)
jadi janganlah terkejut bila engkau orang balik ke malaysia tengok aku nanti
matlamat jangka panjang:menguruskan badan menjelang kepulangan engkau orang
jadi buat engkau orang semua kawan kawan aku di luar negara sana
di jordan, mesir, indonesia, australia, UK, ukrain, jerman, jepun, korea, india, uzbekistan, switzeland, new zealand, papua new guinea,yaman dan mana2 lah di dunia ini
di pelosok mana pun anda sekalian,
ingatlah ALLAH setiap masa di mana jua
ingat aku dalam doa engkau orang
doakan kejayaan dan kebahagiaan aku, ibu bapa kita semua, sahabat sahabat, serta umat islam seluruhnya
engkau orang jangan risau, aku sentiasa mendoakan kejayaan engkau orang kat sana
jadi teruskan hidup!
pengajaran utk kali ini buat aku dan engkau orang yang berminat aje:
1. sentiasa menjaga kedua ibu bapa anda...hormati mereka, kasihi mereka, jaga perasaan mereka kerna ibu bapa adalah segala galanya bagi diri kita di situlah syurga kita
2. jadilah kamu seorang yang luar biasa, jangan jadikan diri kita biasa dan biarkan diri kita dalam kebiasaan kerana kebiasaan itulah yang kadangkala memusnahkan kita..(kalau engkau orang faham la)
3. tetapkan matlamat anda dan bersedia dan usaha ke arahnya anda tidak dianggap berjaya sekiranya matlamat anda tak tercapai
4. ingatlah bahawasanya di mana sahaja anda berada ada yang menyokong anda..sekiranya teman dan rakan anda tiada di sisi, pasti dan yakinlah bahawa Allah sentiasa di sisi orang orang yang beriman...jaga amal, jaga iman
alhamdulilLah~~~
2 comments:
ko dah mok balek ke?
OMG.
ni sure da jadi encik belon buncets...hehehe
ngahaha..toksah cakap r..
dah dah jadi kapal belon helium tuh..
wahaha
mcm aku tatau ko pon dah gemok balek
ngahahaha
Post a Comment