Dalam kalut kabut mula meresah
Yg dulu terang kini kelam legam
Bila sudah rasa hitam baru mencari
Sedang cahaya itu sudah jauh ilang
Kemana hilang?
Dulu sejak azali suci bersih putih
Apa salah yg menjaga biarkan ia kotor
Apa salah yg memiliki biarkan ia rosak
Atau salah yg disisi biar ia pergi bersama bayang.
Sekarang masih meraba dalam gelap harap terjumpa lubang cahaya
Harap dapat tunjuk jalan sahaja walau tak menyinar setiap sudut
Kalau jumpa jalan maka dapatlah pulang kepada cahaya.
Yg dulu berkilau bersinar mempersona yg melihat.
Mana cahaya
Masih tercari
Apa akan buta
Hidup ini keji
[18 Julai 2012 7:30pm]
bukan cerita bangsawan,bukan juga cerita pari-pari, tapi cerita orang biasa, cerita rakyat kebanyakan
Wednesday, July 18, 2012
Tuesday, December 20, 2011
PETANG INI
@
4:06:00 AM
posted by
hanismi
bismilLah~~~
alhamdulilLah~~~
| Pantai Jeram, Nikon D90, Kit Lens |
Petang ini juga indah
Mentari mula menyembunyikan diri di sebalik bangunan tinggi depan rumah
hanya cahaya merah jingga kelihatan menambah seri langit
anak-anak pulang sekolah dengan gembira berlari-lari anak
kebanyakan pulang kerja dengan riak yang lesu tidak seperti pagi
kerja melambak dibiar di meja ofis tunggu dihadap esok pula
di taman mereka berlari-lari membibit peluh
di jalan kereta dan lori sesak beratur di simpang
yang sudah pulang hanya duduk-duduk menonton cereka
ibu-ibu menolak anak kecil dalam kerusi beroda di taman rumah
baju kotor dilempar ke dalam bakul
menunggu malam yang tenang untuk bermimpi lagi
untuk melihat bulan dan bintang di hamparan langit gelap
mengharap esok ada lagi seperti hari ini
kerana hari-hari indah ini perlu berterusan
ya petang ini indah
hari ini berlalu pergi
hidup masih seperti hidup
untung lah.
[11 MEI 2011 - 6.58 petang]
alhamdulilLah~~~
Tuesday, September 20, 2011
FILEM SEGERA
@
5:01:00 AM
posted by
hanismi
bismilLah~~~
alhamdulilLah~~~
Beberapa bulan yang lalu aku mula menggunakan kamera Lomo LC-A. Sebuah kamera yang menarik.
kompak, mudah dibawa dan mudah dikendali.
Dan baru-baru ini aku berjaya mendapatkan instant back untuk LC-A ni.
Alat ini dipasang di belakang kamera LC-A untuk menggunakan filem instax keluaran fujifilm (filem segera seperti polaroid)
![]() |
| Instant Back sebelum dipasang |
![]() |
| depan |
![]() |
| belakang |
tapi boleh rosak pula instant back ni, filem tak mahu keluar. Mujur masih dalam warranty, aku dah hantar untuk claim. esok atau lusa aku nak pergi ambil. Sangat fun menggunakan filem instax ini! Berikut adalah hasil tangkapan.
![]() |
| hasil |
Monday, September 19, 2011
RAYA 2011 PULA
@
2:06:00 AM
posted by
hanismi
bismilLah~~~
ok memang lambat. tapi raya orang malaysia kan sebulan, jadi aku upload jugak lah gambar-gambar suasana hari raya di kampung.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ye semua
alhamdulilLah~~~
ok memang lambat. tapi raya orang malaysia kan sebulan, jadi aku upload jugak lah gambar-gambar suasana hari raya di kampung.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ye semua
alhamdulilLah~~~
Sunday, September 18, 2011
TAK JADI
@
4:47:00 AM
posted by
hanismi
bismilLah~~~
setelah beberapa tahun meniggunakan kamera filem, ada beberapa perkara yang pasti dihadapi.
gambar tak jadi.
saat itu bila melihat gambar yang sudah siap diproses dan discan, rasa macam "gambar buruk,kbai"
berikut adalah antara gambar2 yang aku ambil yang tak jadi. haha
alhamdulilLah~~~
setelah beberapa tahun meniggunakan kamera filem, ada beberapa perkara yang pasti dihadapi.
gambar tak jadi.
saat itu bila melihat gambar yang sudah siap diproses dan discan, rasa macam "gambar buruk,kbai"
berikut adalah antara gambar2 yang aku ambil yang tak jadi. haha
alhamdulilLah~~~
Thursday, September 15, 2011
HUJAN KOTA
@
1:59:00 AM
posted by
hanismi
bismilLah~~~
hari ini hujan melanda
hujan yang kira seminggu tak jatuh
suasana segar sekeliling
bau tar jalan yang asyik menusuk hidung
datang bersama guruh dan kilat
membuat diri nyaman memeluk bantal
panas yang lalu membuat ruam di leher
tidak selesa pedih pedih
hujan turun membawa rahmat
menyubur semaian, membersih debu
sejuk mula memeluk tubuh
lepas hujan hati riang
riang sebab pelangi datang
walaupun sekejap ia tetap tenang
oh hujan.
aku riang.
lena.
[12 MEI 2011 - 3.11petang]
alhamdulilLah~~~
![]() |
| raindrops : Nikon F50 : Fujifilm Superia 400 |
hari ini hujan melanda
hujan yang kira seminggu tak jatuh
suasana segar sekeliling
bau tar jalan yang asyik menusuk hidung
datang bersama guruh dan kilat
membuat diri nyaman memeluk bantal
panas yang lalu membuat ruam di leher
tidak selesa pedih pedih
hujan turun membawa rahmat
menyubur semaian, membersih debu
sejuk mula memeluk tubuh
lepas hujan hati riang
riang sebab pelangi datang
walaupun sekejap ia tetap tenang
oh hujan.
aku riang.
lena.
[12 MEI 2011 - 3.11petang]
alhamdulilLah~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)












