Tuesday, August 26, 2008

bismilLah~~~

aku dh update...xde mende pon..cume list blogger aku dh baru..dari blogger..skang aku leh tgk sape yg update...haha


alhamdulilLah~~~

Tuesday, August 12, 2008

BAIKLAH

bismilLah~~~


"berkatalah yang baik atau diam"


alhamdulilLah~~~

Sunday, July 06, 2008

JIKA ESOK

bismilLah~~~

esok aku sambung balik perjalanan aku secara rasmi dalam menimba ilmu dunia dalam bidang kejuruteraan mekanikal.memang agak sukar perjalanan ini.tapi aku dah smpai part5! syukur alhamdulilLah masih diberikan peluang untuk aku terus mengejar impian.
namun kadang-kadang kita terlupa dalam mengejar sesuatu yang kita impikan ada yang kita terlepas pandang,tercicir,terbiar apatah lagi yang kita sengaja lupakan,tinggalkan dan abaikan.

buat diri ini dan sahabat;
sedarlah akan amaran-amaran Allah ketika kita bergelak ketawa berdekah-dekah sambil berguling2

pujuklah jiwa kita dengan tarbiyah dariNYA ketika kita sedih pilu dan kecewa dengan arus dunia yang penuh kezaliman

ingatlah akan kehebatan syurga Ilahi ketika kita futur,lemah,tak berupaya dan hilang seribu daya.

pimpinlah diri ini dengan segera untuk meruntuhkan segala pemisah,tembok dan halangan yang menjurangkan dan memisahkan kita dari tautan ukhuwah filLah.

luahkan dan sampaikan kepadaku andai diri ini membuatkan dirimu terluka,tersinggung apatahlagi marah disebabkan kejahilan,kelalaian dan kelemahan diri ini untuk kita segera berubah.

dan iringilah aku dengan doa yang tidak pernah putus kerana mungkin esok kita tak terjaga dan lena kita berpanjangan.

"Wahai TUHANku! Perbaikilah bagiku agamaku yang padanyalah asas urusanku,
Dan perbaikilah duniaku yang padanya tempat penghidupanku,
Dan perbaikilah akhiratku yang kepadanya tempat kembaliku.
Dan jadikanlah hidup ini tambahan untukku segala jenis kebaikan.
Dan jadikanlah mati itu kerehatan dari segala kejahatan...
Amiin Ya Rabbal 'Alamiinn..."


alhamdulilLah~~~

Friday, July 04, 2008

RUMAH

bismilLah~~~





just nk tunjuk yg umah aku dah boleh nampak dalam google earth...wahaha..dulu xde..


yang bawah ni sekolah aku



alhamdulilLah~~~

Thursday, July 03, 2008

KADANG-KADANG

bismilLah~~~

kadang-kadang apa yang kita harap dan impikan tak kesampaian
rasional: utk kita berfikir akan hikmah dan rahmat di sebaliknya dan berusaha lebih utk mendapatkan yang lebih baik! tetapkan hati kepadaNYA


kadang-kadang apa yang kita harap dan impikan tertunai
rasional: utk kita bersyukur dan meningkatkan lagi ketakwaan kepadaNYA


kadang-kadang apa yang kita harap dan impikan mendapat lebih dari apa yang kita harapkan
rasional: utk kita berkongsi dan bertambah keyakinan kepadaNYA


kadang-kadang apa yang kita harap dan impikan lebih teruk dari yang kita impikan
rasional: utk kita muhasabah dan mengatur kembali tingkah dah sikap kita.tidak berputus asa dengan rahmatNYA

jadi tetapkan hati,bersyukurlah,yakinlah dan jangan putus asa.
kembalikan segalanya kepadaNYA

alhamdulilLah~~~

Saturday, June 28, 2008

TERNAK LEMAK

bismilLah~~~

sedikit update

>baru habis xm short course..dan cuti utk seminggu lagi..nak masuk sem baru..ohh aku dah part5!
x sedar mase berlalu atau aku membuang masa begitu sahaja? igt 5 perkara sebelum 5 perkara..lapang sebelum sempit...sempitkan diri kita dengan benda yg bermanfaat utk ummah.

>next sem aku ade 8 subjek...sume skali 19 jam kredit..ohhh byk nye(same jek sem lps)..perjalanan aku makin mencabar..~ya Allah tetapkan hati ini di jalanMU~

>byk bende lg aku kene buat kat umah ni sementara masih cuti lagi..kemas bilik,cat bilik?...family dah nak bertambah..hoho

>ternak lemak?!

alhamdulilLah~~~