Wednesday, September 14, 2011

MALAM INI

bismilLah~~~ 

light trail : lomo LC-A : kodak gold200

Malam ini dingin

siangnya lebat membasah bumi
sejuk sampai naik bulu roma
jalan jalan dilimpahi cahaya oren lampu jalan
jarang-jarang melihat kereta lalu
sunyi sungguh sebelah rumah
anak-anak nyenyak di katil sampai bantal jatuh bawah
ada yang menahan mata siapkan kerja esok hantar
ibu-ibu setelah usai mengemas rumah duduk duduk lepas lelah
mimpi malam ini indah kah?
mimpi mainan tidur
tapi harap mimpi itu bagi tenang seketika
memang ilusi harap tak tertipu
sayup dengkuran di bilik sebelah
terlalu letih berlari di siang hari
mengejar apa pun tak tahu
yang pasti esok ada lagi
kena bangun pagi lagi

ya malam ini dingin.
lelaplah mata.
usah takut gelap.
esok terang.

[13 MEI 2011 - 1:16pagi]
 

alhamdulilLah~~~

Thursday, September 01, 2011

KODAK

bismilLah~~~

agak dah lama juga aku tak update blog ini.
rasa lemau dan bersawang dah blog ini
malas nak cerita perihal kerja dan study yang mana ia tak pernah habis
belajar terus belajar.
kebelakangan ini aku agak obses dengan kamera murah (kamera mainan atau pakai buang)
baru ni aku beli kamera pakai buang Kodak Ultra Compact yang dah expired filemnya pd Jan 2010.

harga rm41.90..agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kondisi filem yang sudah tamat tarikh luput. tapi tak mengapa.

Hampir keseluruhan buatannya diperbuat daripada plastik. kemungkinan juga plastik yang sudah dikitar semula.
Kamera ini adalah kamera pakai buang di mana telah dibekalkan sekali filem di dalamnya. dengan ISO 800 dan 27 exposure (kire ade 27 keping gambar la). bila sudah habis filem, filem akan dikeluarkan untuk diproses dan kamera ini dibuang atau dikitar semula oleh Kodak.
Menggunakan lensa yang dipanggil Ektanar Lens yang bunyinya macam cool. aku tak tahu apa benda Ektanar ni. Korang boleh tanya encik google. Rekaan yang kompak, menarik dan dilengkapi flash memudahkan pengguna mengambil gambar dalam keadaan cahaya yang kurang.

setelah aku mencuba dengan beberapa cubaan shot disekitar rumah, masa untuk aku operate kamera ni.
kali ini aku nak cuba reload balik filem lain untuk diguna dalam kamera ni. tapi bila lihat filem yang dipakai terdapat gigi pada bahagian atas spool filem ini yang mana filem biasa tidak terdapat gigi.
cubaan pertama ialah aku mahu mengeluarkan filem dari kanister filem ini dan gantikan dengan filem lain dan masukkan kembali dalam canister. tapi gagal sebab hujung filem sudah termasuk dalam canister. Jadi aku selesaikan dengan memotong spool filem lain menjadi gigi seperti filem asal.

p/s: draft nih dah lama so aku dah tak ingat aku nak cerita apa..so aku post jek lah haha

alhamdulilLah~~~

Sunday, August 29, 2010

AWAN

bismilLah~~~
awan itu rapuh
tapi kita asyik mengidamnya
lihat saja indahnya
bila terik mentari menusuk mata
dan membibit peluh di dahi
kau mengharap awan itu tiba
yang hanya seketika
kadang-kadang melarat membawa hujan
tapi perginya membawa pelangi
juga hanya seketika indahnya
yang akan pudar bila titis hujan itu pergi
usah cuba berpijak pada awan sembilan
nanti kau jatuh
jauh sekali jatuhnya
hingga kau jumpa tanah
impaknya sakit sekali
tanah itu nyata
tempat asal kau berpijak
kau boleh berlari
kau juga boleh melompat
di tanah ini lah kita berbakti
melalui realiti yg jelas
yang tidak selalu yang dimimpi
tidak bermakna tidak boleh berharap
daya usaha perlu ada
lebih kuat untuk yang lebih tinggi
masakan puncak gunung boleh daki
kalau hanya selangkah menapak
bila dah dipuncak yang tinggi
baru kau boleh sentuh awan


alhamdulilLah~~~

Tuesday, August 10, 2010

1 RAMADHAN

bismilLah~~~


ahlan wa sahlan ya Ramadhan. alhamdulilLah masih lagi diberi kesempatan dan rezeki dariNYA untuk aku sampai pada Ramadhan kali ini. Bulan yang penuh barakah, maghfirah dan juga dijauhkan dari neraka.

Hari pertama tarawih kali ini aku berkesempatan menunaikannya di Masjid Negeri di Shah Alam. Sungguh mengujakan melihat ramai penduduk menghadiri solat Isya' dan juga Tarawih. Dengan bacaan imam masjid yang sangat merdu mengingatkan aku kepada zaman sekolah sewaktu berada di Maahad.

Ye, aku rindu saat itu.
Jom sama-sama menambah amal!
alhamdulilLah~~~

BUKIT TABUR EAST

bismilLah~~~

hari sabtu lepas aku pergi mendaki bukit tabur..sebelah timur punya pulak.
pendakian yang mencabar dengan permukaan batu dan juga pacak amat.
tapi semua tu berbaloi...layan~






alhamdulilLah~~~

Saturday, July 03, 2010

SEORANG PETANI TUA

bismilLah~~~
Dari kejauhan terlihat pakcik tua itu
Kelihatan die baru pulang dari sawah
Lengkap bersama cangkul di belakang
Motor buruk menjadi tunggangan

Mencari rezeki yang tidak pernah putus
Untuk waktu dan generasi akan datang
Usah dihalang pakcik itu ke bendang
Kerana dia sudah alah sejak dulu lagi

Garis-garis umur jelas di wajahnya
Masih gagah walau sesekali bergetar sendi
Kekuatan,ketabahan untuk isteri, anak dan cucu

Di hadapan rumah merenung jauh
Menghitung dan menunggu hari tuai
Tembakau berbalut daun nipah tersisip di bibir
Hembusan dilepaskan dengan perlahan

Bendang sawah di hadapan rumah petani tua itu

Memikirkan hari-hari tuanya kah
Atau merindu anak dan cucu di kota
Desa ini tak mungkin ditinggal lama
Tidak biasa membiarkan kebun dan sawah terbiar

Sesekali anak cucu pulang menghilang rindu
Walau hanya jangka yang tak lama
Tapi itu cukup membangkit selera makan
Mengukir senyum dan tawa menghilangkan sepi

Bila semua pulang kembali berharap mereka kembali
Masih terngiang gelak dan tangis cucunya
Itulah sumber ketabahan dan kegigihan selama ini
Demi melihat anak cucu berjaya

Sesekali ramahnya lucu menegur tetangga
Masa terluang di ajak berbual mesra
Diselang hirupan kopi dan hembusan tembakau
Membantu mereka tidak mengira apa

Petani tua itu masih lagi gagah


alhamdulilLah~~~